Skip to content

ZIANA ZAIN RAIH GELARAN DATUK SELEPAS 30 TAHUN DALAM INDUSTRI

ZIANA ZAIN RAIH GELARAN DATUK SELEPAS 30 TAHUN DALAM INDUSTRI

Kongsikan artikel ini

Ziana Zain dikurniakan gelaran Datuk, selepas 30 tahun berada di dalam industri sebagai penyanyi terkenal yang membawa nama Malaysia. 

Penyanyi popular tanah air, Siti Roziana Zain atau lebih dikenali sebagai Ziana Zain, kini bergelar Datuk selepas dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) sempena sambutan Hari Jadi Ke-77 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.

Anugerah berkenaan diterima Ziana pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka yang berlangsung di Balai Istiadat Seri Negeri, Melaka, hari ini. Ziana yang juga merupakan anak jati Merlimau, Jasin, adalah antara 189 individu yang menerima D.P.S.M. dalam istiadat tersebut. Penerima lain terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk perkhidmatan awam, politik, korporat dan bidang seni.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DEQ SHA (@makeupbydeqsha)

Menariknya, gelaran Datuk bukanlah sesuatu yang pernah dikejar oleh pelantun Madah Berhelah itu. Sebelum ini, Ziana pernah berkongsi bahawa sekiranya dianugerahkan gelaran berkenaan, ia dianggap sebagai rezeki dan ketentuan daripada Tuhan. Bagi penyanyi yang sudah lebih tiga dekad mewarnai industri muzik tanah air ini, fokus utamanya kekal kepada kerjaya seni serta terus menghiburkan peminat yang setia mengikuti perjalanan muziknya.

Ziana Zain Sebagai Penyanyi Ikonik Di Malaysia

Sepanjang karier, Ziana Zain mencipta nama menerusi deretan lagu ikonik seperti Puncak Kasih, Anggapanmu, Putus Terpaksa dan Madah Berhelah. Keutuhan vokal serta identitinya sebagai penyanyi wanita menjadikan Ziana antara figura yang terus relevan dalam industri muzik Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ARY MUZAMER (@arymuzamer)

Penganugerahan D.P.S.M. ini sekali gus menjadi satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan seni Ziana. Selain iut, ia mengiktiraf sumbangannya terhadap bidang seni suara yang telah diceburinya sejak awal kemunculan sebagai penyanyi profesional.

Dalam istiadat sama, seramai 1,328 penerima menerima pelbagai darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran Negeri Melaka.

Daripada pentas muzik kepada sebuah pengiktirafan negeri, gelaran Datuk yang kini disandang Ziana Zain menjadi simbol penghargaan terhadap legasi seorang penyanyi yang telah bertahan, berkembang dan terus menjadi sebahagian daripada sejarah muzik popular Malaysia.

Pautan berkaitan: SYED SADDIQ & BELLA ASTILLAH BAKAL BERNIKAH 10 OKTOBER 2026

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PENAMPILAN SELEBRITI PENUH GAYA DI NEW YORK FASHION WEEK 2026

PENAMPILAN SELEBRITI DI NEW YORK FASHION WEEK 2026

Bacaan Lanjut

APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI

Bacaan Lanjut
HIGH COUNCIL UNIVERSE: INI KRONOLOGI SEBENAR PROJEK: HIGH COUNCIL, KAHAR & KUDRAT 1968

HIGH COUNCIL UNIVERSE: INI KRONOLOGI SEBENAR PROJEK: HIGH COUNCIL, KAHAR & KUDRAT 1968

Bacaan Lanjut

7 JAM TANGAN BAHARU BULAN SEPTEMBER 2026!

Bacaan Lanjut

LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR

Bacaan Lanjut
FENOMENA FILEM CHELOT: INI 7 WAJAH PELAKON YANG DIKENALI

FENOMENA FILEM CHELOT: INI 7 WAJAH PELAKON YANG DIKENALI

Bacaan Lanjut