5 HARUMAN UNISEKS UNTUK KAMU DAN PASANGAN
Jika ditanyakan kepada saya, secara peribadinya saya rasa haruman seeloknya tidak dibahagi-bahagikan kepada jantina, kerana kita seharusnya bebas menyukai bau apa yang sesuai dengan jiwa kita. Namun secara semula jadinya kita cenderung mengkelaskan beberapa jenis haruman berpandukan personaliti dan karakter. Jika aroma yang sarat dengan bunga-bungaan lebih sesuai disembur oleh perempuan kerana secara lazimnya bunga itu lembut dan sajak dipadankan dengan jiwa perempuan. Manakala bau-bau yang lebih kuat seperti bau kayu-kayan lebih sepadan dengan lelaki yang dibayangkan sebagai makhluk yang gagah dan kuat seperti pepohon kayu.
Kali ini saya bariskan lima haruman yang baunya bersifat universal, sesuai buat lelaki mahupun perempuan.
Calvin Klein CK All
Selain haruman ikonik CK One, CK All juga satu haruman uniseks yang patut anda berikan perhatian. CK All baunya sangat menyegarkan dan sungguh menyerlahkan identiti Amerika. CK All menggabungkan mandarin orange, bergamot dan grapefruit blossom. Bekasnya berwarna putih dalam kemasan pusam mencerminkan keringkasan haruman ini.
Christian Dior Spice Blend
Berdasarkan pengalaman saya, tiap kali menyembur haruman ini pasti ada yang bertanya haruman apa yang saya pakai. Haruman ini baunya saya sifatkan cukup tersendiri, dan tidak boleh dikategorikan untuk lelaki atau perempuan. Bau rempah pedasnya berkarakter, sesuai untuk lelaki dan perempuan. Bau ‘pedasnya’ menyenangkan hasil adunan kayu manis, pink pepper dan ekstrak rum.
Artikel Berkaitan: SEMBURAN ALAM SEMESTA HERMÈS
Diptyque Orpheon
Diptyque menyambut ulang tahun ke-60 tahun ini dan sempena meraikan kegemilangannya selama enam dekad ini, Diptyque memperkenalkan Orpheon sebuah haruman yang diinspirasikan daripada kehidupan malam di bar-bar di tempat kelahirannya, Saint Germain, Paris. Sama seperti harumannya yang lain, Orpheon juga genderless. Baunya yang ini saya rasa powdery selepas digabungkan elemen penting sebuah kelab; inspirasi daripada minuman, dekorasi dan atmosfera malam.
Jo Malone, Basil & Neroli
Jika anda terbau haruman ini percayalah anda tidak akan katakana haruman ini untuk lelaki atau perempuan. Gabungan aromanya menemui titik tengah yang tepat dalam mengimbangi elemen tipikal bau-bauan lelaki dan perempuan. Bau neroli secara amnya cukup menenangkan dan basil pula memberi percikan ‘pedas’ dan hangat pada haruman ini. Seperti yang dinyatakan Jo Malone, campuran ini adalah gambaran kepada kota London yang ‘muda’ dan chic.
Aesop Tacit
Saya terlihat haruman ini di dalam IG story Charlie Puth dan betul-betul ingin tahu bagaimana baunya. Baunya fresh dan mahal, ada kelas tersendiri. Tacit menggambarkan estatik Aesop yang serba ringkas namun beridentiti.
Artikel Berkaitan: Bintang Baru Spiderman, Adria Arjona Wajah Haruman Armani
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 PILIHAN BALSAM BIBIR TERBAIK UNTUK LELAKI
Bibir kering bukan lagi masalah. Ini 5 balsam bibir terbaik untuk lelaki moden yang mahu tampil segar dan yakin.
SEMPENA HARI JADI KE-24 MEERQEEN HARI INI, KETAHUI 10 PERKARA ANDA PERLU TAHU TENTANG MEERQEEN
Meerqeen turns 24 today! Bukan sekadar tampan — dia adalah simbol kemunculan bakat muda Malaysia yang mampu bersinar di pentas antarabangsa.
FACES OF 2025: MUSIC EDITION MENAMPILKAN AZIZ HARUN
Istimewa untuk GLAM Lelaki Mac 2025 edisi cetak, kami tampilkan tujuh pemuzik berbakat besar dalam lembaran ‘Faces of 2025: Music Edition’.
HARUMAN FLORAL AESOP BAWA KEUNIKKAN SENDIRI
Gabungan unik dari Aesop menghasilkan wangian penuh intensiti dengan sisi lembut demi melengkapkan wangian harian.
5 WANGIAN ZESTY & CITRUS BUAT LELAKI
Wangian ringan ini adalah keperluan musim panas yang sempurna, sesuai untuk dipakai pada waktu siang, percutian atau aktiviti kasual.
9 HADIAH HARI VALENTINE UNTUK SI CANTIK
Ungkapkan 'Aku cinta padamu'. GLAM Lelaki bentangkan hadiah Hari Valentine terbaik yang bersifat sentimental serta mempunyai elemen kejutan.