5 PETUA MUDAH UNTUK MENGATASI MASALAH OBESITI
Masalah kegemukan atau obesiti bukanlah perkara baru di negara kita.
Malaysia pernah mendapat gelaran negara paling tinggi obes di Asia Tenggara dua tahun lalu. Gelaran itu kini menjadi milik Brunei dengan 28.2% rakyatnya mempunyai masalah berat badan, menurut statistik daripada Majlis Keselamatan Negara.
Namun ini tidak bermakna Malaysia sudah menduduki tangga selesa. Negara kita berada di kedudukan kedua dengan 19.7%, diikuti dengan Singapura dan Thailand masing-masing pada 11.6%.
Ini tentunya berpunca daripada gaya hidup tidak sihat terutama di kalangan kaum lelaki. Pemakanan adalah faktor utama yang menyumbang kepada masalah obesiti ini.
Jangan ambil mudah kerana kegemukan boleh menyumbang kepada pelbagai isu kesihatan termasuk diabetes, kolesterol tinggi, hati berlemak, batu hempedu, jantung koronari dan sebagainya.
Ikuti tip mudah ini untuk mencegah dan mengawal obesiti
1. Banyakkan pengambilan sayuran hijau
Sayur-sayuran hijau ada banyak kebaikannya pada tubuh. Makanan jenis ini rendah kalori dan diperkaya dengan nutrisi yang tinggi seperti vitamin, mineral, lemak dan karbohidrat. Amat sesuai untuk menu diet anda.
2. Kurangkan garam dan gula
Ramai di antara kita sudah sedia maklum tentang kebaikan juga keburukan garam. Bagi penghidap obesiti, kadar pengambilan garam harus diterhadkan kerana jumlah berlebihan mampu menyebabkan berat badan meningkat. Pengambilan gula sebaiknya dielakkan untuk menghindar kemudaratan tubuh.
3. Jauhi Produk Tenusu
Bukan hanya garam, malah produk susu seperti keju mahupun mentega harus dijauhkan kerana ia kaya dengan kandungan lemak, sebagai contoh kek. Pengambilan dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan berat badan bertambah dan sekali gus membawa kepada diabetes.
4. Amalkan pengambilan madu
Satu sudu madu mampu mengelakkan diri anda daripada penyakit obesiti. Tahukah anda madu mampu menggerakkan lebihan lemak dan menyebabkan peredaran lemak itu berfungsi secara normal. Untuk kesan lebih efektif, apa kata campurkan ke dalam segelas air suam bersama jus lemon.
5. Rajin-rajinlah bersenam
Suka atau tidak, bukan hanya pemakanan, namun rentak hidup anda turut menjadi kunci dalam mengatasi penyakit ini. Senaman membantu mengurangkan kandungan kalori yang terdapat dalam badan sebagai lemak. Selain itu, ia juga dapat melegakan ketegangan pada otot-otot tubuh.
Foto: Freepik
Pautan berkaitan: 3 BAHAN SEMULA JADI YANG MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 TIP UNTUK PASTIKAN PENAMPILAN RAMBUT ANDA SENTIASA BERGAYA
Sama seperti wanita, rambut mahkota buat kaum Adam. Terutama di kalangan lelaki metroseksual yang mementingkan penggayaan dan penjagaan rambut.
5 PETANDA TUBUH ANDA TERLEBIH KANDUNGAN GULA
Kehidupan tanpa gula? Ya, sukar untuk dibayangkan. Jadi sebanyak manakah pengambilan sepatutnya dalam sehari?
5 PANTANG LARANG PENJAGAAN RAMBUT LELAKI
Rambut bukan sekadar pelengkap penampilan tetapi juga mencerminkan status, gaya hidup dan keperibadian seorang lelaki. Justeru penjagaannya tidak boleh diabaikan.
AMBIL TAHU! 10 PETANDA HORMON TESTOSTERON ANDA DI PARAS BAHAYA
Tahap testosteron rendah atau dikenali sebagai hipogonadisme boleh mencetuskan kesan negatif pada kesihatan dan kesejahteraan lelaki.
MENGAPA LELAKI BERBULU DADA DIANGGAP LEBIH SEKSI?
Dalam dunia yang serba dinamik ini, persepsi tentang daya tarikan fizikal sentiasa berubah. Namun salah satu ciri yang tetap mendapat perhatian adalah bulu dada lelaki.
JANGAN SAMPAI ANDA ALAMI MATI PUCUK PADA USIA MUDA!
Sesetengah lelaki di Malaysia mengamalkan gaya hidup tidak sihat yang bukan saja membawa kepada obesiti, tetapi lebih teruk lagi iaitu mati pucuk.