Skip to content

6 CARA PASTIKAN TUBUH KEKAL TERHIDRAT KALA BERPUASA

6 CARA PASTIKAN TUBUH KEKAL TERHIDRAT KALA BERPUASA

Kongsikan artikel ini

Tubuh manusia terdiri daripada 70 peratus air, justeru penting untuk kekal terhidrat bagi memastikan kesihatan berada di tahap terbaik.

Badan kita memerlukan air mencukupi untuk mencerna makanan, menghantar nutrien kepada sel, dan menyingkir bahan yang tidak diperlukan tubuh. Jika kurang minum air, tubuh anda boleh mengalami dehidrasi.

Dari segi perubatan, dehidrasi atau hypohydration adalah kehilangan air badan secara berlebihan diikuti gangguan terhadap proses metabolik. Kehilangan air dalam badan mewujudkan ketidakseimbangan nutrien dan mineral penting.

Sepanjang Ramadan, cuaca yang tidak menentu turut memberi kesan pada wajah dan tubuh. Terutama ketika cuaca panas, di mana selaran matahari boleh membuatkan kulit mudah mengering dan dehidrasi.

Ikuti langkah mudah ini agar tubuh anda terhidrat dengan baik ketika berpuasa

 

1. Minum air suam dengan banyak ketika bersahur. Elakkan minuman berkafein seperti kopi yang boleh menyebabkan tubuh kekurangan air.

Foto: Freepik

 

2. Ketika bersahur, ambil makanan berkhasiat dan mengenyangkan. Jika anda tidak meminati makanan berat, gantikan dengan makanan tinggi kandungan air seperti buah-buahan seperti tembikai, anggur dan tomato.

3. Elakkan mengambil makanan pedas. Ia sebenarnya akan menyerap lembapan dengan mengeluarkan haba dari dalam badan.

4. Pada siang hari, cuba jauhkan diri daripada matahari dan haba yang berlebihan. Kekal di kawasan yang sejuk dan teduh, pakai topi dan kurangkan aktiviti berat.

Foto: Freepik

 

5. Cuci wajah dengan air sahaja di waktu pagi, ia akan memberi lembapan yang lebih berpanjangan. Ini kerana membersihkan wajah dengan pencuci akan lebih mengeringkan kulit.

6. Ketika berbuka puasa, minum cecair lain selain daripada air, seperti jus buah-buahan, untuk menggantikan nutrien dan mineral yang hilang. Anda digalakkan ambil minuman isotonik kerana ini dapat membantu badan kekal terhidrat.

 

Foto: Freepik

Pautan berkaitan: 5 TIP ELAK SERANGAN GASTRIK KETIKA BERPUASA

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 TIP ELAK SERANGAN GASTRIK KETIKA BERPUASA

5 TIP ELAK SERANGAN GASTRIK KETIKA BERPUASA

Bacaan Lanjut
5 MAKANAN PERLU ELAK KETIKA BERSAHUR

5 MAKANAN PERLU ELAK KETIKA BERSAHUR

Bacaan Lanjut
TIP UNTUK KEKAL BERTENAGA KETIKA BERPUASA DI BULAN RAMADAN

TIP UNTUK KEKAL BERTENAGA KETIKA BERPUASA DI BULAN RAMADAN

Bacaan Lanjut
JANGAN AMBIL MUDAH JANGKITAN KULAT PADA ALAT SULIT LELAKI!

JANGAN AMBIL MUDAH JANGKITAN KULAT PADA ALAT SULIT LELAKI!

Bacaan Lanjut
5 AMALAN UNTUK MENGATASI MASALAH KEGEMUKAN DI KALANGAN LELAKI

5 AMALAN UNTUK MENGATASI MASALAH KEGEMUKAN DI KALANGAN LELAKI

Bacaan Lanjut
TINGKATKAN KESIHATAN PROSTAT DENGAN LIMA MAKANAN INI

TINGKATKAN KESIHATAN PROSTAT DENGAN LIMA MAKANAN INI

Bacaan Lanjut