ACQUA DI GIÒ EAU DE PARFUM DAYA TARIKAN MASA DEPAN
GIORGIO ARMANI MEMPERKENALKAN ACQUA DI GIÒ EAU DE PARFUM SEBAGAI HARUMAN IKONIK NAN MASKULIN UNTUK LELAKI MASA DEPAN.
Wangian ikonik Giorgio Armani, ACQUA DI GIÒ membuka ruang dengan tafsiran baharu selaras dengan perkembangan masa kini. Haruman terbaru ACQUA DI GIÒ EAU DE PARFUM adalah satu ciptaan istimewa kerana ia merangkumi komitmen Giorgio Armani terhadap konsep sustainable iaitu mesra alam sekitar, dan setiap bahan yang diperoleh daripada sumber yang selamat. Keprihatinan Giorgio Armani melalui program penghutanan semula dan projek pemuliharaan alam sekitar telahpun mencapai neutraliti karbon. Dan inilah mengapa ACQUA DI GIÒ EAU DE PARFUM ini bergelar wangian untuk masa depan.
ACQUA DI GIÒ telah mengangkat sebagai haruman lelaki bercirikan klasik moden dan punya elemen tersendiri menerusi intipati air. Oleh itu, haruman terbaru ini seperti memberi penghormatan terhadap hubungan antara lelaki dan lautan secara kontemporari.
KESEGARAN PENUH SENSUAL DAN AROMATIK
ACQUA DI GIÒ EAU DE PARFUM merupakan wangian maskulin dalam paduan aroma Woody Aromatic Aquatic. Aromanya telah digubah oleh pakar wangian, Alberto Morillas (Firmenich) yang bertanggungjawab dalam memperhalusi setiap wangian ACQUA DI GIÒ sejak mula diperkenal. Dengan barisan ramuan semula jadi yang segar, ACQUA DI GIÒ EAU DE PARFUM menangkap ciri marin yang asli sambil menyelitkan molekul terbaru,YodanolTM iaitu membolehkan kesegaran berkekalan tanpa had. Nota marin ini dipertingkatkan demi mencapai pengalaman wangian sensual, aromatik dan intensif. Pertama kali semburan, aromanya dibuka dengan nota mandarin hijau segar dipetik tangan dari Calabria di Itali. Nota ini merupakan tunjang utama Mediterranean Giorgio Armani. Malah, turut membariskan nota eksklusif seperti clary sage dari Provence. Aromanya seperti ambergris tetapi lebih beraromatik, hangat dan mineral. Bercampur pula bersama lavandin segar dan bunga geranium bourbon dari Madagascar, yang memberikan ilham maskulin disebalik wangian bunga-bungaan.
Asasnya mengandungi pati nilam Guatemala, sangat berkualiti dan memberi ketahanan lama kepada wangian. Lebih lengkap bersama pati Atlas kayu cedar yang hangat dan vetiver heart segar yang diperoleh secara sustainably di Haiti. Aspek baharu ini buat wangian maskulin Giorgio Armani ikonik kerana memberi kesan menenangkan, sensual dan kekal pada kulit.
Ilham botol ikonik ACQUA DI GIÒ direka semula untuk ACQUA DI GIÒ EAU DE PARFUM dengan rekaan cukup maskulin disebalik dalam kaca lutsinar dengan penutup berasaskan kayu gelap yang unik. Lambang kepada keseimbangan reka bentuk seni bina dan alam semula jadi. Rekabentuk kotak pada bahagian luar diperbuat daripada kad yang diperakui FSC yang sama seperti semua wangian Giorgio Armani.
Artikel berkaitan RYAN REYNOLDS WAJAH EKSKLUSIF WANGIAN ARMANI CODE
ACQUA DI GIÒ EAU DE PARFUM dan status neutral karbon menggariskan komitmen Giorgio Armani baharu terhadap alam sekitar. Termasuklah memelihara kawasan 1,700 hektar hutan Amazon Barat Daya dalam memberi pelindungan terhadap kawasan biologi Brazil. Konsep neutral karbon ini sama seperti wangian Giorgio Armani MY WAY pada tahun 2020, turut mempunyai elemen sama. Malah, Giorgio Armani juga menyokong empat projek penghutanan semula di Brazil, Madagascar, Peru dan Zimbabwe yang meliputi lebih 25,000 hektar hutan. Ini menyumbang kepada matlamat jenama untuk menjadi neutral karbon menjelang 2025.
MENAWAN KUASA ALAM TANPA BATASAN
Kempen ACQUA DI GIÒ EAU DE PARFUM yang dibintangi oleh model Jerman, Jerman Aleksandar Rusić dilihat sebagai wira moden lambang kepada maskulin asli penuh beremosi demi menyampaikan mesej antara manusia dan alam. Filem sinematik hitam putih diarahkan oleh Patrick Pierini memaparkan latar belakang semula jadi yang menakjubkan. Saat dia berlumba melintasi Atacama Salt Flat Lagoons di Chile dan terjun lalu muncul pula di pantai Islas Marietas, Mexico menyerlahkan aura kebebasan dan ketenangan.Runut bunyi untuk filem ini ialah ‘Way Down We Go’ oleh kumpulan rock Iceland Kaleo, dengan bunyi biru skor dan lirik yang bermakna serta disuarakan oleh penyanyi utama Jökull Júlíusson yang menggariskan rasa sensasi kala menyelam yang sensual.

Model Jerman, Jerman Aleksandar Rusić
Bangkitkan deria bau dan alami kesegaran baharu yang tidak terhingga. Mulai sekarang hingga 30 Jun 2022, pembaca GLAM LELAKI dijemput untuk menebus kit percubaan Giorgio Armani ACQUA DI GIÒ EAU DE PARFUM percuma di mana-mana butik atau kaunter kecantikan Armani dengan mendaftar di sini
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ANGIN PASANG LELAKI: MASALAH KESIHATAN YANG RAMAI TAK SANGKA BAHAYA!
Angin pasang lelaki berlaku apabila organ atau tisu lemak terhimpit melalui tempat lemah pada otot sekeliling atau tisu penghubung yang dipanggil fascia. Ia sering berlaku di mana dinding perut lebih lemah, seperti di perut atau pangkal paha, dan boleh mempunyai pelbagai sebab.
RECAP GLAM LELAKI RESET: FESYEN TERBAIK SELEBRITI
Sorotan fesyen terbaik dari malam GLAM Lelaki Reset.
HUN HAQEEM VS IKMAL AMRY DI FURY CHAMPIONSHIP
Pertarungan paling dinanti-nantikan telah tiba! Hun Haqeem dan Ikmal Amry tampil luar biasa dalam Fury Championship 2025.
A BOLD NEW CHAPTER, MILIKI HARUMAN ARMANI EA STRONGER WITH YOU
Stronger With You bersama enam individu hebat- Aedy Ashraf, Han Pin, Aniq Suhair, Ikmal Amry, Mierul Aiman dan Nabil Aqil.
PELAKON HUN HAQEEM, DUTA WANGIAN EMPORIO ARMANI MALAYSIA YANG PERTAMA
Berita yang membanggakan apabila pelakon Hun Haqeem diumumkan sebagai duta wangian Emporio Armani Malaysia yang pertama.
GLAM LELAKI APRIL 2025
Presenting, our favourite boy untuk GLAM Lelaki Mei 2025! ALVN adalah bukti bahawa ketahanan dan evolusi adalah kunci kejayaan.