ANTARA POMADE, GEL DAN WAX YANG MANA PILIHAN ANDA?
TASTE MASING-MASING! ADA YANG TEAM POMADE, ADA YANG TEAM WAX DAN ADA YANG TEAM GEL. SEMUANYA MENGIKUT KESELESAAN PERIBADI. TAPI TAHUKAH ANDA TIGA PRODUK INI PUNYA KELAINAN.

Soal penggayaan rambut sudah menjadi satu keutamaan buat kaum lelaki zaman sekarang. Pastinya semua ingin nampak stylo dan bergaya sama ada untuk yang tersayang mahupun untuk lebih berkeyakinan. Menyentuh mengenai bab penggayaan rambut, pastinya penggunaan material menggayakan rambut perlu dititikberatkan. Kini, di pasaran antara tiga bahan menjadi perhatian adalah pomade, wax dan gel. Namun apa perbezaan antara ketiga-tiga ini dan siapa yang patut pakai apa?
POMADE
Pomade kebiasaannya dihasilkan dari minyak yang mengandungi lemak serta zat berminyak atau sejenis bahan dari wax (lilin) yang digunakan untuk penaataan rambut. Tapi ada juga pomade yang dihasilkan dari bahan berasaskan air; pomade jenis ini lebih mudah di cuci. Penggunaan pomadedigunakan untuk membuat rambut agar rambut lebih licin, berkilauan dan kering serta tahan lebih lama. Sedikit sejarah mengenai pomade. Ia mula digunakan sekitar abad ke-19 dan ketika itu. lemak beruang menjadi bahan utama. Perkataan”pomade” sebenarnya berasal dari bahasa Perancis yang bererti “salep”, iaitu sejenis gel dari buah-buahan.
Pomade sendiri terdiri daripada 3 jenis yang utama iaitu water-based, oil-based dan mix-based.
Water-based – Pomade yang berasaskan air namun daya ketahanan tidak setahan oil-based. Sesuai buat mereka yang inginkan rambut mereka kelihatan berkilau, namun tidak sesuai untuk mereka yang terlampau aktif kerana air peluh boleh merosakkan keseluruhan gaya, terutama sekali jika terkena air hujan. Jika anda memiliki rambut lurus yang pendek maka digalakkan menggunakan pomade jenis ini.
Oil-based – Tahan lama namun sukar untuk ditanggalkan. Perlu menggunakan syampu atau perapi bagi menghilangkannya. Jika anda memiliki rambut lurus yang panjang, sebaiknya menggunakan pomade oil-based.
Mix-based– Merupakan kombinasi air dan minyak. Sangat sesuai dan digalakkan untuk semua lelaki.
Cara penggunaan asas: Hanya sapu di tapak tangan dan ratakan di seluruh rambut ketika rambut kering. Bagi yang menggunakan water-based, pastikan rambut anda lembap. Kemudian, sikat rambut mengikut kesesuaian gaya kegemaran anda.

Tags
Artikel Yang Berkaitan
LESS IS MORE: KEBANGKITAN GAYA ‘CLEAN BOY’
Gaya ‘clean boy’ semakin popular dalam kalangan lelaki dengan pilihan fesyen minimalis, warna neutral dan penampilan yang kemas.
PENUH GAYA, STYLE’S CHOICE GL THE MAN AWARDS 2026 MILIK HAKIMI NOORDIN
Hakimi Noordin ungguli kategori Style’s Choice di GL The Man Awards 2026, membuktikan gaya dan karismanya berjaya mencuri hati peminat!
DARI FITNESS KE FESYEN BERSAMA AIMRAN JAMIL
Aimran Jamil berkongsi perjalanan daripada kecergasan ke fotografi serta evolusi gaya dalam dunia content creator.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA
Ketahui 5 sambutan September di Malaysia yang bakal memeriahkan bulan ini, daripada Hari Malaysia hingga festival seni, makanan dan budaya.
APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI
Kenali 5 pereka dalaman lokal Malaysia yang mencipta ruang penuh karakter, daripada gaya minimal hingga mewah, moden dan dekat dengan alam.











