BOSS BOTTLED PARFUMS HADIR LEBIH BERANI
JENAMA IKONIK PILIHAN JEJAKA KINI MASUKI ERA BAHARU, LEBIH BERANI BERBANDING BIASA. BOSS PARFUMS CURI TUMPUAN DENGAN KEHADIRAN WANGIAN BOSS BOTTLED PARFUM. AROMANYA SERLAHKAN SISI MASKULIN ANDA.

Pernahkah anda terfikir suatu hari nanti anda bakal bertukar status sebagai seorang BOSS? Segala arah tuju itu adalah bergantung kepada keberanian individu. Oleh itu, BOSS kini bertukar haluan dengan memasuki era baharu, lebih berani dan lebih memberi impak berbanding sebelum ini. Jenama ikonik ini juga sangat mengagumi individu yang berazam untuk menjadi apa sahaja dia mahu. Jadilah BOSS untuk diri sendiri, jalani kehidupannya dan mainkan peranan dengan lancar barulah anda mudah bergerak ke hadapan. Sesuai dengan moto utama “Be Your Own Boss”, kecapi sehingga ke peringkat yang belum pernah anda duduki.

Semarak semangat ini dengan kehadiran wangian baharu iaitu BOSS Bottled Parfum oleh BOSS Parfums yang menyerlahkan aroma maskulin dengan kekuatan tersendiri penuh berkarisma luar biasa. Komposisi woody-ambery simbolik pati utama dan teskturnya lambang signature BOSS Bottled yang kekal abadi. Bauanya menangkap aura BOSS dalam diri anda.
Serlahkan kekuatan dalaman anda bersama wangian BOSS Bottled yang ikonik. Wangian ini dicipta bersama oleh Annick Ménardo dan Suzy Le Helley yang mempertingkatkan olkaktorinya kepada peringkat yang seterusnya. Gabungan Zesty mandarin dan spicy incense oils pada nota atas membawa kepada aroma rare orris concrete dan akar pokok ara. Manakala nota asas kayu adalah tertumpu kepada pati kayu cedar dan kord kulit tumbuh-tumbuhan untuk menambah kehangatan khas untuk kemasan tahan lama pada kulit badan.

Sejak dilancarkan pada tahun 1998, BOSS Bottled Eau de Toilette menjadi pilihan ramai dengan pantas sehinggakan wangian ini digelar ikonik kekal menjadi wangian paling laris dunia. Pada tahun 2020, BOSS Bottled Parfum hadir dengan kemunculan baharu dengan gerakan secara francais demi menawan dunia. Aktor kacak, Chris Hemsworth dipilih sebagai wajah global untuk BOSS Bottled yang juga membintangi kempen berani sebagai kembara baharunya yang melambangkan kekuatan dalaman BOSS.
Wangian berkuasa ini turut hadir dalam rekaan flakon ikonik yang mudah dikenali dengan serta-merta. Botol yang bersadurkan warna smoky black dan penutupnya kemas dengan hitam lambang edisi baharu. Calitan emas pada logo melengkapkan sentuhan yang mewah.

Haruman yang berkuasa untuk setiap individu yang bersedia untuk menerima apa jua rintangan dalam mengejar impian. BOSS Bottled Parfum menyampaikan mesej yang jelas iaitu masa anda telah tiba untuk bertukar menjadi BOSS anda sendiri.
Artikel berkaitan CHRIS HEMSWORTH X HUGO BOSS
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
PARK JI HOON X SUPERDRY, SATU KOLABORASI, SERIBU TARIKAN
PARK JI HOON X SUPERDRY memperkenalkan koleksi edisi terhad di Malaysia, menggabungkan fesyen jalanan dengan pengalaman buat peminat.
GAYA, KERJAYA DAN IMPIAN DARYL TAN
Daryl Tan berkongsi inspirasi fesyen vintaj, pengalaman kerjaya serta impian besar yang ingin dicapai sebelum mencecah usia 30 tahun.
ADZIM HARIZ, GAYA BERSAHAJA KREATIVITI LUAR BIASA
Adzim Hariz berkongsi perjalanan sebagai content creator, inspirasi dan gaya peribadi yang mencerminkan keaslian serta identiti tersendiri.
UNIQLO X JW ANDERSON KEMBALI DENGAN GAYA BAHARU
UNIQLO x JW Anderson kembali dengan gabungan gaya klasik British, rekaan moden dan keselesaan untuk lelaki bergaya.
BEG LELAKI YANG GABUNGKAN FUNGSI DAN STAIL, TIRU GAYA BEG MEERQEEN INI
Beg bukan sekadar aksesori, tetapi pelengkap gaya yang praktikal, seperti Meerqeen yang hadir dengan penampilan penuh gaya.











