SANATIZER, PENCUCI DAN KRIM TANGAN KEPERLUAN ASAS MASA KINI
Hari ini penggunaan sanatizer sudah sama penting dengan ubat gigi. Malah penggunaan sanatizer lebih kerap dalam sehari jika hendak dibandingkan dengan rutin kita menggosok gigi. Apatah lagi dengan kes Covid-19 yang masih meningkat dan belum menunjukkan tanda-tanda akan surut peratusannya. Banyak cara yang disarankan dalam usaha menurunkan angka jangkitan virus ini termasuklah penggunaan sanatizer.
Hari ini kita digalakkan membawa sanatizer ke mana sahaja, ia sama penting seperti penggunaan penutup muka. Berbanding sabun cucian tangan, sanatizer lebih mudah dan selesa digunakan pabila di luar. Jika di rumah penggunaan pencuci tangan lebih menyeronokan, malah dengan adanya kepelbagaian jenis dan bau, pengalaman mencuci tangan lebih menarik. Seperti disarankan, kita perlu mencuci tangan sekurang-kurangnya selama 20 saat. Glam Lelaki bariskan lima produk untuk melindung dan memanjakan jemari anda.

Aesop Reverance Hand Wash
Hasil akar vetiver dan petitgrain yang diramu bersama bergamot, pencuci tangan ini menerbitkan bau kayu-kayuan yang cukup maskulin dan segar. Ia bertindak membersih dan menggelupaskan sel kulit mati lantas membuat jemari berasa bersih dan lebih lembut.

L’Occitane Verbena Clean Hands Gel, RM40
Pencuci tangan tanpa bilas dari L’Occitane ini diharumkan dengan aroma verbena, menjadikan proses mencuci tangan lebih mudah dan selesa pada bila-bila masa di mana-mana saja. Selain mahu yang selamat dan berkesan, tentunya kita juga mahukan sesuatu yang mudah.

Kiehl’s Richly Hydrating Scented Hand Cream, RM58
Bila kerap sangat memakai sanatizer, rajinkan juga menyapu krim atau losen tangan. Saya suka yang ini, teksturnya dimewahkan dengan manfaat vitamin E dan shea butter dan bagi yang sukakan krim tangan wangi.

The Body Shop Coconut Hand Cleanse Gel
Bau bunga-bungaan munngkin agar feminin bagi sesetengah lelaki. Untuk itu sebagai ganti, boleh cuba sanatizer aroma buah-buahan misalnya pencuci tangan dengan bau kelapa ini. Ia juga tidak perlu dibilas dan mengandungi 73 peratus bahan alkohol dan mampu membunuh 99.9 peratus bakteria. Harganya juga cukup berpatutan.

Grown Alchemist Hydra-Hand Sanatizer, RM55
Sanatizer yang bagus adalah yang tidak mengeringkan kulit. Sanatizer Grown Alchemist ini mengandungi hyaluronan dan bahan antioksida yang membersih dan melembapkan kulit dengan segera serta melindungi dari hakisan lembapan semula jadi tangan. Ia turut mengandungi formula 70 peratus alkohol daripada tebu dalam melindungi tangan dari bakteria.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TOTAL GROOMING CHECK: PENCUCI MUKA LELAKI & PRODUK LOKAL TERBAIK
Total Grooming check GLAM Lelaki menampilkan pencuci muka terbaik dan produk lokal untuk 'grooming check' kaum lelaki.
SENARAI INFLUENCER LELAKI YANG MENGINSPIRASIKAN SEMPENA HARI LELAKI SEDUNIA
Enam nama ini wajar diberi perhatian kerana mereka membawa impak tersendiri kepada komuniti. Ketahui influencer lelaki yang menginspirasikan.
7 TABIAT LELAKI MODEN UNTUK HIDUP LEBIH SIHAT MASA KINI
Ketahui 7 tabiat penting yang diamalkan lelaki moden untuk hidup lebih sihat, seimbang dan penuh kesedaran diri Sempena Hari Lelaki Sedunia.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Mierul Aiman antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
6 CARA PENGGAYAAN UNTUK LELAKI YANG MAHU TAMPIL LEBIH ‘SOFISTIKATED’
Gaya lelaki sofistikated bermula dengan disiplin dan perincian kecil. Ini panduan GLAM Lelaki untuk penampilan matang dan berkarisma.
OSKAR LEE, SEIMBANG ANTARA SUKAN DAN STAIL. “SAYA MEMANG AKTIF SUKAN SEJAK KECIL.”
"Gaya saya banyak berubah. Era “hypebeast streetwear” dulu sudah berakhir, kini berkembang menjadi sesuatu yang lebih matang," Oskar Lee.











