FOREO LUNA 3 MEN, PERANTI MENCUCI & MENGURUT WAJAH
Jenama alat penjagaan kulit tersohor, Foreo membuka selangkah lagi ke hadapan apabila memperkenalkan Luna 3 Men yang bakal menjadi satu-satunya gajet pencuci wajah yang diperlukan oleh lelaki. Mengapa? Kerana peranti yang baharu dari Foreo ini bukan sekadar mencuci wajah secara menyeluruh malah ia juga dicipta khusus untuk lelaki yang mempunyai jambang dan misai agar cucian wajah lebih sempurna.

Luna 3 Men alat cucian wajah sonik membersih dan melembutkan kulit. Cucian menggunakan berus halus ini menyingkirkan 95.5 peratus kotoran di wajah, membuang minyak dan kulit mati. Ia mencuci kulit yang terlindung di celah-celah jambang dan misai dengan sepenuhnya.
Bulu-bulu pencuci yang lebih panjang menjadikan tiap helai berusnya boleh mencapai kulit di sebalik bulu-bulu jambang. Bukan Sahaja panjang malah berusnya juga 25 peratus lebih lembut jika dibandingkan dengan model terdahulu. Kepala Foreo Luna 3 Men ini lebih besar jadi cucian lebih menyeluruh.
Mengapa perlu beralih kepada alatan mencuci ini? Selain cucian yang menyeluruh penggunaan mesin ini memberi ruang kepada anda untuk mencuci muka dengan lembut. Geseran yang lembut penting untuk melambatkan proses penuaan.
Menariknya peranti ini dilengkapi dengan Firming Massage Mode yang membolehkan anda mengurut kulit wajah dengan menekap bahagian belakang peranti ini. Manfaat teknologi T-Sonic membuatkan urutan wajah lembut dan bagus untuk merawat masalah penuaan serta menjadikan kulit lebih segar. Miliknya pada harga RM920 secara dalam talian juga di Sephora.
Artikel Berkaitan: THE WEEKND JUGA BERSOLEK, INI PRODUK YANG DIA GUNAKAN
CARA MENCUCI WAJAH MENGGUNAKAN LUNA 3 MEN

1- Basahkan wajah dan jambang dan diikuti dengan menyapu dengan pencuci muka pilihan pada wajah.
2- Kemudian tekan butang untuk mengaktifkan Luna 3 Men- pilih mode mencuci.

3- Cuci wajah dengan gerakan membulat pada seluruh wajah merangkumi jambang, pipi, dahi, hidung dan dagu.
4- Matikan alat mencuci dengan menekan butang selama tiga saat.
5- Akhir sekali bilas dan keringkan wajah juga jambang dengan tuala muka.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SWATCH X AUDEMARS PIGUET MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI
Kolaborasi Royal Pop antara Swatch dan Audemars Piguet kini dilancarkan bagi mencabar tradisi horologi mewah dunia. Dunia horologi global telah digegarkan oleh pelancaran kolaborasi yang paling ditunggu-tunggu tahun ini. Jenama gergasi Swatch secara rasminya telah bergabung tenaga dengan Audemars Piguet (AP). Pelancaran ini ternyata telah meruntuhkan sempadan tradisi jam tangan mewah yang sekian lama bertahan….
LABEL INDONESIA YANG KINI MENJADI KESUKAAN ‘FASHIONISTA’ TEMPATAN
Terokai jenama fesyen Indonesia seperti Dominate, Elhaus, dan Imaji Studio yang menjadi kegilaan peminat fashionista tempatan di Malaysia.
5 LOKASI TEMPAH ‘SUIT’ CUSTOM TERBAIK SEKITAR KUALA LUMPUR
Tingkatkan karisma anda dengan sut yang sempurna. Terokai 5 lokasi tempahan 'suit' custom terbaik di Kuala Lumpur untuk gaya versatil.
TACTICAL GROOMING: KEKAL KACAK DI BAWAH BAHANG PALM SPRINGS
Ketahui strategi tactical grooming untuk kekal segar di Palm Springs. Tip penjagaan wajah, rambut, dan wangian untuk lelaki masa kini.
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL
Daripada estetika klasik asetat hingga impak berani Gentle Monster, serlahkan karisma anda dengan visi gaya paling segak di GLAM LELAKI.
DESERT HEAT: 5 PEMPENGARUH MALAYSIA YANG HADIR DI COACHELLA 2026
Lihat bagaimana 5 pempengaruh popular Malaysia termasuk Alvy Joanna dan Milleh Christian menakluki Desert Heat: Coachella 2026











