Skip to content

GENTLEMEN’S TONIC, PAKAR RAWATAN UNGGUL WAJAH LELAKI

Kongsikan artikel ini

Gentlemen’s Tonic, sebuah rangkaian kedai gunting rambut dan spa yang khusus untuk lelaki, ala tradisional berkonsepkan urban yang diasaskan di metropolitan elit Mayfair, kota London pada tahun 2004 diasaskan oleh seorang jejaka berketurunan Perancis-Amerika, Olivier Bonnefoy. Ia juga pengeluar rangkaian produk penjagaan kulit serta dandanan untuk jejaka. Sebagai jenama terkemuka yang telah merangkul pelbagai anugerah, Gentlemen’s Tonic kini meluaskan tapaknya untuk memperkenalkan produk-produk keluarannya menerusi pembukaan premis terbaharu di Kuala Lumpur.


Gentlemen’s Tonic ialah premis dandanan mewah serba eksklusif untuk jejaka yang menawarkan perkhidmatan profesional, maskulin, dengan penuh ketelitian, sekaligus menaikkan imej perkhidmatan dandanan lelaki di Malaysia ke suatu tahap yang baru. Gentlemen’s Tonic merupakan penyelesaian yang paling sesuai untuk kehidupan zaman moden yang penuh dengan tekanan dan kesibukan.

Dengan elemen nostalgia yang diserlah dengan aura kemodenan, tema Gentlemen’s Tonic ini memberikan suatu pengalaman dandanan yang ternyata menenangkan. Sebaik sahaja pelanggan menjejakkan kaki ke Gentlemen’s Tonic, mereka dimanjakan dengan fasiliti dan kemudahan bertaraf premium oleh kakitangan berdedikasi dan berkemahiran tinggi. Sajian minuman, bahan bacaan serta alunan musik yang tenang ditawarkan sewaktu pelanggan mendapatkan perkhidmatan sambil berehat dalam suasana yang tenang dan santai.

Gentlemen’s Tonic menawarkan menu yang direka khusus untuk rawatan bagi jejaka moden, merangkumi perkhidmatan ,mencukur dan gunting rambut termasuk rawatan muka. Pakar pakar nya juga menyediakan perkhidmatan mereka bentuk janggut, mewarna dan dandanan unik – sekaligus memastikan para jejaka tampil segar, segak dan bertenaga apabila mereka melangkah keluar daripada Gentlemen’s Tonic.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH GENTLEMEN’S TONIC

1. PERKHIDMATAN GUNTING RAMBUT
Matlamat utamanya ialah untuk memberikan satu pengalaman dandanan tradisional yang dipadankan dengan fasiliti moden. Pelanggan bakal menikmati kemewahan ruangan gunting rambut yang luas dengan alunan muzik yang santai, sambal diberikan khidmat eksklusif oleh kakitangan yang berpengalaman dan mahir. Perkhidmatan yang ditawarkan termasuk cukuran basah, memotong janggut, merapikan rambut dan kulit kepala, menggunting dan mewarnakan rambut serta urutan yang memberi kelegaan kepada kepala, leher dan bahu.


2. DANDANAN
Khidmatan dandanan untuk jejaka yang merangkumi rawatan muka, rawatan tona, membuang uban dan rawatan kuku yang menggunakan rangkaian produk penjagaan kulit dan dandanan Gentlemen’s Tonic yang terkemuka.

3. GAYA HIDUP
Gaya hidup yang sibuk memberikan kesan negatif ke atas fizikal dan mental seseorang. Justeru, rawatan gaya hidup yang ditawarkan bertujuan memberikan ketenangan menerusi teknik urutan santai yang pelbagai.


PRODUK GENTLEMEN’S TONIC

Rangkaian produk Gentlemen’s Tonic Babassu & Bergamot dihasilkan 100% dengan bahan semula jadi di UK. Haruman unik yang menggabungkan pati Indonesia Patchouli dengan kesegaran sitrus lemon Sicilia, bergamot dan lavender memberikan suatu pengalaman yang menenangkan. Manakala, produk Gentlemen’s Tonic Advanced Derma-Care adalah rangkaian produk kosmeseutikal pertama yang dirumuskan untuk kulit jejaka. Terdiri daripada 6 barisan produk, rangkaian yang disasarkan untuk penyelesaian anti-penuaan ini digunakan di semua premis antarabangsa Gentlemen’s Tonic serta di kebanyakan hotel hotel dan spa spa terkemuka dunia.

Produk-produk keluaran Gentlemen’s Tonic dibangunkan dengan tempoh lima tahun menerusi penyelidikan, ujian dan pembangunan saintifik melalui kerjasama daripada salah sebuah makmal bebas terkemuka di Eropah. Ia dirumuskan daripada bahan-bahan aktif semula jadi yang berkesan termasuk kombinasi yang dipilih dengan teliti terdiri daripada peptida dan asid amino, nutrien bio-tersedia dan protein pintar.

Gentlemen’s Tonic dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 9 malam. Untuk mendapatkan pengalaman dandanan jejaka yang serba mewah ini, sila kunjungi Gentlemen’s Tonic di D5-G3-03 Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Lush Malaysia

LUSH MALAYSIA LANCAR STOR KE-10 DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut

7 TANDA RAMBUT SEMAKIN MENIPIS & CARA UNTUK ELAK JADI BOTAK

Bacaan Lanjut

BULU BAWAH LENGAN, PERLU CUKUR ATAU TIDAK?

Bacaan Lanjut

6 SEBAB KENAPA LELAKI PERLU BERJAMBANG

Bacaan Lanjut
cara hilangkan bau badan

Malu Dengan Bau Badan Sendiri? Ini 5 Tip Hilangkan Bau Badan Dengan Pantas

Bacaan Lanjut
mencukur

DO’S & DON’TS BERCUKUR BETUL UNTUK ELAK KEGATALAN & KERENGSAAN

Bacaan Lanjut