Skip to content

hermes h24

H24 HERBES VIVES EAU DE PARFUM, WANGIAN BAHARU HERMES UNTUK LELAKI

Kongsikan artikel ini

Hermes memperkenalkan wangian baharu untuk lelaki, H24 Herbes Vives Eau de Parfum yang diinspirasikan daripada alam semulajadi dalam memberikan perspektif berbeza yang lebih segar dan natural.

 “Saya terinspirasi daripada haruman kegembiraan alam semulajadi selepas hujan. Satu aroma daripada dedaunan serta natural, segar dan musky. Momen unik apabila alam semulajdi dan ibu kota bergabung, dalam kelembapan hujan, lantas melahirkan wangian baharu dalam ton warna yang baharu,” menurut Pengarah Hermès Parfum, Christine Nagel.

hermes Malaysia

Melalui H24 Herbes Vives, Christine Nagel selaku Pengarah Hermes Parfum meneruskan visi alam semulajadi untuk lelaki kontemporari hari ini. Lelaki yang berada di rumah dengan berlatarkan bandar alam semulajadi. Digayakan bersama helaian kasual daripada koleksi lelaki oleh Pengarah Kreatif Menswear, Véronique Nichanian, wangian ini menawarkan komposisi bendalir serta tekstur dan material.

Wangian terbaharu Hermes ini mengtransformasi persepsi pada ruang, titisan hujan yang melahirkan kehijauan dalam pelbagai bentuk dan haruman. Lantas, ia membangkitkan emosi yang unik, tenaga yang diaktifkan dan perspektif baharu buat lelaki moden hari ini.

Edisi ketiga kepada koleksi H24, minyak wangi lelaki ini menyaksikan hibrid antara alam semulajadi dan teknologi yang menjalinkan sejambak herba segar. Antaranya, savory, sorrel, hemp, dan parsley yang meningkat aroma secara dramatic selepas simbahan hujan. Bersama pear granita dan Physcool®, molekul deria bersama sentuhan pudina yang akan memberikan sensasi segar kepada kulit.

hermes perfume Malaysia

Inspirasi Alam Semulajadi Botol H24 Herbes Vives

Reka bentuk wangian terbaharu ini diterjemahkan pada garisan pada botol daripada cahaya. Ia juga merupakan simbol yang sensitif pada elemen maskulin yang tersendiri. Pancaran cahaya itu boleh dilihat melalui kaca botol, seperti sinaran cahaya selepas hujan.

Desain objek yang refillable dengan garisan aerodinamik oleh pereka, Philippe Mouquet yang dipertingkatkan dengan pemilihan warna yang lebih terang dan berkuasa. Ia membiaskan energi buat lelaki kontemporari, dan sisi harmoni yang sepadan dengan Bumi. Kotak botol pula menampilkan ton baharu kelabu hijau, seperti warnan dedaunan selepas hujan berhenti.

wangian lelaki hermes

H24 Herbes Vives sudah boleh didapati di butik Hermes. Dan secara eksklusif di kaunter Hermés di Parkson Pavilion Elite Kuala Lumpur dan Seibu di The Exchange TRX. Wangian ini boleh didapati dalam dua saiz berbeza; RM569 (50ml) dan RM779 (100ml).

 

Baca lebih lanjut: SISLEY BUKA STOR FLAGSHIP PERTAMA DI MALAYSIA

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 WANGIAN TERBAIK PILIHAN GLAM LELAKI 2023

Bacaan Lanjut
celine Malaysia

RITUAL MANDIAN CELINE DENGAN KOLEKSI COLOGNE CÉLESTE

Bacaan Lanjut

PENGEMBARAAN MONTBLANC EXPLORER PLATINUM BAHARU DI MALAM ALPHAMEN 2023

Bacaan Lanjut
Montblanc Explorer Platinum

SEMANGAT HERO PENGEMBARAAN MONTBLANC EXPLORER PLATINUM BAHARU

Bacaan Lanjut

TEROKAI ERA BAHARU WANGIAN RABANNE BERSAMA POWER COUPLE PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut

LELAKI NERD BERTUKAR BAD BOY DISEBABKAN MINYAK WANGI INI!

Bacaan Lanjut