Skip to content

HELAH RAMBUT TERPACAK 24 JAM

Kongsikan artikel ini
1 of 3

HIDUP TIDAK LENGKAP JIKA TANPA DANDANAN RAMBUT SEMPURNA. RANGKAIAN GOT2B MENCIPTA KELAINAN TERKINI UNTUK PERSONALITI ANDA.

Sudah siap buat rambut, tidak sampai beberapa minit rambut curl mulalah ‘pecah’ atau gulungannya tidak kekal! Itulah saat paling menyakitkan diri, sudahlah berdiri di hadapan cermin lama, lepas itu rambut semakin jatuh! Kini, masalah mungkin akhirnya diselesaikan oleh Schwarzkopf yang menampilkan set barisan penjagaan rambut got2b sebagai pelengkap utama setelah rambut didandankan.

Jenama trend yang semakin berkembang telah dilancarkan dalam kategori penggayaan pada tahun 2001, di AS dan kini boleh didapati di Eropah dan Asia. Kejayaan got2b didorong oleh inovasi yang bergaya dan canggih yang memfokuskan pada faedah penggayaan dan kreativiti warna dengan pelaksanaan yang edgy.

Rangkaian ini menawarkan koleksi cukup inovasi, bergaya dan canggih daripada semburan rambut, wax, gel dan mousse yang direka istimewa dalam mengekalkan bentuk rambut dan menciptanya mengikut keperibadian diri anda. Daya ketahanan bab rambut seperti digam dengan kemas, bertahan sepanjang hari. Jika anda sangat mementing penampilan sempurna dengan gaya rambut idaman, got2b jawapannya.

Fakta menarik mengenai produk got2b :

GOT2B GLUED

Barisan Glued ini punya dua produk iaitu Blasting Freezing Spray dan Spiking Wax. Setiap kegunaannya adalah mengekalkan gaya rambut sepanjang hari. Seperti semburan rambut, ianya mencetus pegangan yang sangat kuat, semburan rambut ini menentang graviti untuk mencipta gaya yang kekal sehingga syampu anda yang seterusnya. Manakala Spiking Wax, buat lelaki yang gemar membuat rambut hujungnya tajam, produk ini sesuai untuk anda kerana ia membentuk seperti wax dan memegang seperti gam untuk mengekalkan spiky anda sepanjang hari.

Tip penggunaan : Pusingkan sedikit wax tambahan ke hujung rambut untuk mendapatkan bentuk spiky yang lebih tajam.

1 of 3

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG

Bacaan Lanjut
THE SHAPESHIFTER: 5 PENAMPILAN RAMBUT TERBAIK OLEH ALICIA AMIN

THE SHAPESHIFTER: 5 PENAMPILAN RAMBUT TERBAIK OLEH ALICIA AMIN

Bacaan Lanjut

MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut

APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI

Bacaan Lanjut

LOCAL BEAUTY: 5 JENAMA SKINCARE MADE IN MALAYSIA

Bacaan Lanjut

NAZIFI NASRI: MINIMALIS, MODERN, & MADE IN MALAYSIA

Bacaan Lanjut