ADAKAH ANDA SEORANG SEXOMNIA?
Sindrom sleep walking atau berjalan sambil tidur mungkin biasa namun tahukah anda terdapat satu sindrom tidur yang pelik iaitu sexomnia. Buat pengetahuan anda, Sexomnia atau “sleepsex” adalah kondisi di mana seseorang itu melakukan seks semasa dia tidur tanpa disedarinya. Sexomnia sama seperti “sleepwalking” yang mana pesakit tidak sedar apa yang dilakukan semasa mereka dalam keadaan tidur. Apabila terjaga dari tidur, mereka tidak ingat apa yang mereka lakukan semasa tidur.

Kebiasaan mereka yang ‘didiagnosis’ dengan sindrom Sexomnia ini melakukan aktiviti-aktiviti seksual sewaktu tidur seperti masturbasi, menyentuh dan mencium pasangan atau cubaan mengadakan hubungan seksual tanpa mereka sedari. Yang mengejutkan, pasangan kepada pesakit ini mendapati bahawa mereka tidak menunjukkan reaksi kepada “aksi” mereka seolah-olah berada dalam dunia lain.
Apa punca kepada sindrom ini? Berdasarkan kajian dari Dr Raman Malhotra, MD, pengarah bersama Saint Louis University Sleep Disorders Center menyatakan punca kepada penyakit ini masih samar namun beliau percaya kelakuan ini berlaku ke atas penyakit yang sering mengalami gangguan tidur seperti kurang tidur atau apnea tidur (gangguan bernafas ketika tidur). Selain itu, mereka yang berisiko untuk mendapatkan sexomnia adalah mereka yang sering meminum arak atau pernah didera akibat dadah dan seksual.

Berdasarkan data dari Toronto Western Hospital, lelaki lebih cenderung untuk mengalami gejala ini walaupun wanita juga tidak terkecuali.
Bagaimana pula dengan langkah mengatasinya? Mampukah ubat-ubatan mengawal tingkah laku seorang sexomnia? Berdasarkan Dr. Raman Malhotra lagi, masih belum ada ubat mahupun pil dengan pensijilan PDA mampu menyembuhkan penyakit ini, namun ia mampu dibendung dengan sedatif dan ubat antidepresan untuk merawatnya. Selain itu, ia boleh dihindari dengan mewujudkan persekitaran yang selamat untuk mereka yang terjejas dengan keadaan ini. Antara langkah yang boleh diambil adalah tidur dalam bilik yang berasingan, mengunci pintu, atau meletakkan penggera bagi menyedarkan mereka.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 17 Januari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MADE LOCAL: 5 JENAMA KASUT MALAYSIA YANG MENARIK UNTUK LELAKI
Kenali jenama kasut pilihan lelaki, daripada gaya mewah hingga kasut sukan dan rekaan tempatan yang menyerlahkan penampilan harian.
OLD MONEY HAIR: 5 GAYA RAMBUT LELAKI UNTUK TAMPIL EKSKLUSIF
Ingin tampil segak dan eksklusif? Kenali 5 gaya rambut lelaki berkonsepkan old money yang buat anda kelihatan kemas, bergaya dan berkelas!
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.
5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN ‘STYLE EQUITY’ TERTINGGI 2026
Cari jam tangan mewah pelaburan terbaik 2026. Terokai 5 jam tangan mewah yang menawarkan Style Equity tinggi untuk gaya maskulin moden.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.










