Skip to content

KEMBARA PENHALIGON’S DI UFUK TIMUR PENUH FANTASI

Kongsikan artikel ini

SATU SEMBURAN PENUH SEGAR KOLEKSI PORTRAITS DILENGKAPI DENGAN TAWARAN WANGIAN BAHARU THE WORLD ACCORDING TO ARTHUR.

Bicara tentang wangian, kita perlukan satu fantasi. Bukan hanya semburan kosong tanpa cerita. Ia pasti satu semburan yang membosankan. Tidak seperti di Penhaligon’s yang kaya dengan cerita-cerita penuh magis dan fantasinya! Lalu lahirlah koleksi Portraits yang lengkap dengan kisah paling indah berlegar tentang kembara sang perfumer. Jauh mindanya berlayar sehingga ke Asia, melewati tanah luas Cina dan mendaki Tembok Besar Cina. Semuanya dijejaki sehingga lahir wangian penuh misteri bernama The World According To Arthur.

Koleksi wangian koleksi Portraits selalunya hadir dengan bau cukup provokatif. Ia melawan arus wangian yang ada sekarang, memberi bau lebih menarik dan mencabar. Kisah Portraits diteruskan oleh Arthur, adik kepada Lord George. Kembaranya membawa ke satu dunia baharu. Tidak pernah dicungkil lagi rahsia alam, lalu berlabuhlah di Cina. Setiap tempat yang dilewati diserikan dengan bau yang misteri. Cetusan bau oriental mendamaikan citarasa kembara fantasi ini.

Tiga ramuan utama dimadukan menjadi satu perisai buat jejaka the World According To Arthur oleh Penhaligon’s. Bermula dengan nota bau yang segar, ditambah esen damar untuk membangkitkan karakter di penggembara dan diakhiri dengan bauan kulit yang cukup maskulin. Aroma lebih sensual dengan gabungan bahan-bahan seperti infusi vanila, biji ambrette dan kacang tonka. Jangan terpedaya dengan bau manisnya, kerana setiap semburan menaikkan rasa perkasa laksana naga!

By Aizat Aidid
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

12 WANGIAN PILIHAN GLAM LELAKI DAN RIZAL RASID UNTUK LEBARAN 2024

Bacaan Lanjut

LELAKI NERD BERTUKAR BAD BOY DISEBABKAN MINYAK WANGI INI!

Bacaan Lanjut

5 CARA WANGIAN LELAKI TAHAN LAMA DI MUSIM PANAS

Bacaan Lanjut

5 MINYAK WANGI TERKINI PILIHAN LELAKI ALPHA

Bacaan Lanjut
MINYAK WANGI PILIHAN LELAKI PALING KONTROVERSI

MINYAK WANGI PILIHAN LELAKI PALING KONTROVERSI

Bacaan Lanjut
GLAM Lelaki April 2023

NABIL AQIL & ANIQ SUHAIR – HERO TV BAHARU MALAYSIA

Bacaan Lanjut