KEMBARA PENHALIGON’S DI UFUK TIMUR PENUH FANTASI
SATU SEMBURAN PENUH SEGAR KOLEKSI PORTRAITS DILENGKAPI DENGAN TAWARAN WANGIAN BAHARU THE WORLD ACCORDING TO ARTHUR.
Bicara tentang wangian, kita perlukan satu fantasi. Bukan hanya semburan kosong tanpa cerita. Ia pasti satu semburan yang membosankan. Tidak seperti di Penhaligon’s yang kaya dengan cerita-cerita penuh magis dan fantasinya! Lalu lahirlah koleksi Portraits yang lengkap dengan kisah paling indah berlegar tentang kembara sang perfumer. Jauh mindanya berlayar sehingga ke Asia, melewati tanah luas Cina dan mendaki Tembok Besar Cina. Semuanya dijejaki sehingga lahir wangian penuh misteri bernama The World According To Arthur.
Koleksi wangian koleksi Portraits selalunya hadir dengan bau cukup provokatif. Ia melawan arus wangian yang ada sekarang, memberi bau lebih menarik dan mencabar. Kisah Portraits diteruskan oleh Arthur, adik kepada Lord George. Kembaranya membawa ke satu dunia baharu. Tidak pernah dicungkil lagi rahsia alam, lalu berlabuhlah di Cina. Setiap tempat yang dilewati diserikan dengan bau yang misteri. Cetusan bau oriental mendamaikan citarasa kembara fantasi ini.
Tiga ramuan utama dimadukan menjadi satu perisai buat jejaka the World According To Arthur oleh Penhaligon’s. Bermula dengan nota bau yang segar, ditambah esen damar untuk membangkitkan karakter di penggembara dan diakhiri dengan bauan kulit yang cukup maskulin. Aroma lebih sensual dengan gabungan bahan-bahan seperti infusi vanila, biji ambrette dan kacang tonka. Jangan terpedaya dengan bau manisnya, kerana setiap semburan menaikkan rasa perkasa laksana naga!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TACTICAL GROOMING: KEKAL KACAK DI BAWAH BAHANG PALM SPRINGS
Ketahui strategi tactical grooming untuk kekal segar di Palm Springs. Tip penjagaan wajah, rambut, dan wangian untuk lelaki masa kini.
AROMATIK APRIL: 5 WANGIAN ‘NICHE’ YANG BAKAL MENJADI IDENTITI BARU ANDA
Aromatik April: Terokai kurasi wangian niche yang artistik dan berkarakter. Biarkan haruman anda bercerita sebelum anda mula berbicara.
2026 GROOMING UPGRADE: ERA KULIT SIHAT & TERSUSUN BUAT LELAKI
Tahun 2026 menandakan era baharu bagi lelaki Malaysia untuk meningkatkan teknik grooming mereka agar penampilan lebih rapi.
IMPIANA: KARMA TAMPIL DENGAN KISAH GELAP DI SEBALIK JANJI KEJAYAAN
Menjelang penghujung tahun 2025, Astro hadirkan sebuah naskhah baharu yang pasti menggamit perhatian, Impiana: Karma.
PENGALAMAN IMERSIF BUAT PENCINTA WANGIAN BERSAMA PENHALIGON’S
Penhaligon’s Raikan Ulang Tahun ke-155 dengan pameran haruman eksklusif di Kuala Lumpur dan pengalaman imersif buat pencinta wangian.
NICHE PERFUME TERBAIK UNTUK LELAKI 2025: BAU EKSKLUSIF & FRESH
Ini niche perfume untuk lelaki terbaik 2025 dengan bau fresh & premium.















