KULIT KEPALA KERING BOLEH DIRAWAT DENGAN SCALP CLINIX
SCHWARZKOPF PROFESSIONAL TANGANI MASALAH KULIT KEPALA SEPERTI KELEMUMUR, KERING, BERMINYAK DAN RAMBUT GUGUR DENGAN BARISAN TERKINI SCALP CLINIX.

Inilah masanya untuk memandang berat terhadap penjagaan rambut. Janganlah sampai rambut semakin nipis dan jarang, barulah terkinja-kinja mencari produk yang sesuai. Baru-baru ini, Schwarzkopf Professional menampilkan satu konsep terbaru iaitu membawakan pengalaman di salon to home dalam membantu mengimbangi masalah kulit kepala.

Kesedaran terhadap penjagaan kulit kepala semakin meningkat dan menjadi trend kekal! Sama seperti kulit tubuh badan atau wajah, jika dijaga dengan rapi maka semakin kuranglah masalah terlanda.Setiap kulit kepala mempunyai keperluan berbeza yang memerlukan pendekatan individu untuk dirawat dengan berkesan.
When the scalp is in good condition, hair strands are given a healthy base from which to grow. Apabila kulit kepala berada dalam keadaan tidak seimbang maka pengeluaran sebum akan berlebihan dan ini mengakibatkan masalah kelemumur dan rambut gugur.

Oleh itu, pelancaran produk penjagaan rambut Scalp Clinix menerusi regimen Fibre Clinix menepati apa yang sedang dilalui oleh setiap individu. Scalp Clinix ini diformulasikan dengan Microbiome Active Technology yang membantu mengimbangi kulit kepala bermasalah sehingga rambut kembali bersinar dan sihat.
Apa Itu Scalp Clinix Teknologi Biotik
Setiap formula yang terkandung mempunyai Biotic Technology iaitu teknologi terkini Schwarzkopf Professional yang membantu sokong microbiome kulit kepala agar ia kembali sihat seperti sediakala. Microbiome kulit kepala adalah jumlah mikroorganisma, termasuk bakteria, virus dan kulat, yang menghuni kulit kepala. Apabila mikrob jahat mendominasi mikrob baik, mikrobiom kulit kepala menjadi tidak seimbang dan masalah kulit kepala seperti kelemumur, kegatalan, kekeringan dan juga keguguran rambut boleh berlaku. Oleh itu, keadaan kulit kepala yang seimbang dan bertambah baik adalah asas untuk rambut yang cantik.

Menerusi ramuan prebiotiknya, Teknologi Biotik menggabungkan microbiome aktif, ekstrak Edelweiss dan ramuan yang diperam (teknik dari Jepun) menyesuaikan nisbah mikrob baik dan buruk pada kulit kepala; mengembalikannya agar tampak semulajadi, seimbang dan tiada lagi masalah kering.
Perkhidmatan Scalp Clinix Biotic di Salon didedikasi khas untuk klien yang mencari penyelesaian untuk masalah ketidakseimbangan kulit kepala. Tiga langkah mudah untuk kembalikan rambut sihat iaitu pertama, dimulakan dengan Scalp Clinix Pre-Shampoo Scrub dengan Teknologi Biotik agar dapat mengelupas sel kulit mati dengan lembu
4 Produk Berbeza Fungsi menawan kulit kepala bermasalah :
Ketahui apa masalah kulit kepala anda secara terperinci dan dapatkan produk Scalp Clinix yang tepat.
SCALP CLINIX SOOTHING
Menenangkan kulit kepala yang kering dan halus, dengan rawatan yang mengandungi Allantoin, Bisabolol dan Panthenol. Kegunaannya sebagai membantu menguatkan penghalang pelindung kulit kepala, menjadikan kulit kepala rasa tenang dan lembap.

Tags
Artikel Yang Berkaitan
MEW SUPPASIT & MONTBLANC MEISTERSTÜCK: MANIFESTASI JIWA DALAM SETIAP GORESAN
Mew Suppasit sertai Montblanc menterjemah makna seni penulisan. Lihat gaya sofistikated ikon Thailand ini bergaya dengan produk Montblanc.
TACTICAL GROOMING: KEKAL KACAK DI BAWAH BAHANG PALM SPRINGS
Ketahui strategi tactical grooming untuk kekal segar di Palm Springs. Tip penjagaan wajah, rambut, dan wangian untuk lelaki masa kini.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 7 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN
Terokai 7 filem terbaik lakonan Zul Ariffin yang wajib tonton. Temui evolusi kerjaya ikon aksi Malaysia ini sekarang.
DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA
Siapa bakal menguasai Arrakis? Robert Pattinson dan Timothée Chalamet bertembung dalam filem epik Dune: Messiah.
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL
Daripada estetika klasik asetat hingga impak berani Gentle Monster, serlahkan karisma anda dengan visi gaya paling segak di GLAM LELAKI.











