LELAKI NERD BERTUKAR BAD BOY DISEBABKAN MINYAK WANGI INI!
Carolina Herrera tampilkan minyak wangi lelaki Bad Boy Extreme baharu untuk serlahkan aura berani anda!
Jenama fesyen terkenal, Carolina Herrera memahami isi hati lelaki nerd atau pemalu. Keluaran minyak wangi baharu ini, Bad Boy Extreme menerokai dunia lelaki berani dan segar. Siapa sangka ramuan halia segar ditambahkan lagi dengan kehangatan vetiver des sables, Deep Cocoa Absolute dan asas kayu nilam bakal mengubah persepsi bau jantan anda.

Wangi Eau de Parfum ini juga memperkenalkan visual kempen barisan bintang lelaki terkemuka seperti Josh Upshaw, Ty Ogunkoya, Eric Martin dan Aida Andrews. Yang menyerlahkan visi maskulin mereka. Bad Boy hadir sebagai mentakrifkan dunia dalaman lelaki moden. Tidak konvensional. Manakala Bad Bo Extreme buatkan perasaan ini semakin membara dengan pilihan ramuan yang luar biasa ini. Nota atas wangian ini menyerlahkan bau spicy citrus menerusi penggunaan halia segar yang menyuntik satu aroma sitrus luar biasa.
Artikel berkaitan 5 CARA WANGIAN LELAKI TAHAN LAMA DI MUSIM PANAS

Untuk Bad Boy Extreme, ramuan Vetiver ini diperoleh dari India kerana tanah pertanian di sini sering mendapat permintaan yang tinggi. Kehangatan Cocoa Absolute cipta nostalgia tersendiri yang serlahkan bau dari kayu asli. Rekaan bentuk botol wangian seperti petir ini lambang kepada penentangan graviti dan satu kejayaan yang dibentuk dalam arca. Dengan degradasi hitam dan emas, ia mewakili semua aspek lembut etos Carolina Herrera yang menyeronokkan dan mengejutkan.

Minyak wangi Carolina Herrera Bad Boy Extreme ini dijual dengan harga RM435 (100ml) dan RM319 (50ml) di gedung kecantikan terkenal Sephora Malaysia, Isetan, Parkson, SOGO, Aeon dan Zalora.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA
Ketahui 5 sambutan September di Malaysia yang bakal memeriahkan bulan ini, daripada Hari Malaysia hingga festival seni, makanan dan budaya.
APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI
Kenali 5 pereka dalaman lokal Malaysia yang mencipta ruang penuh karakter, daripada gaya minimal hingga mewah, moden dan dekat dengan alam.
LOCAL BEAUTY: 5 JENAMA SKINCARE MADE IN MALAYSIA
Kenali 5 jenama Malaysian skincare yang semakin mencuri perhatian, daripada Tatagaltier, Kayman Beauty, SkynFyx, Safi hingga Good Virtues Co.
NAZIFI NASRI: MINIMALIS, MODERN, & MADE IN MALAYSIA
Nazifi Nasri tampil dengan gaya minimalis dan moden, bahawa identiti serta bakat tempatan mampu mencipta statement dalam dunia fesyen.
7 PERKARA KECIL YANG BOLEH BUAT LELAKI NAMPAK LEBIH BERGAYA
Tidak perlu almari penuh pakaian berjenama; perkara kecil mampu mengubah penampilan dan menjadikan anda tampil lebih bergaya serta kemas.











