MASALAH KETIAK BASAH? INI TIP BERGUNA SEBELUM DITEGUR
Ketiak basah itu normal! Tetapi kalau terlampau ketibas mengundang ketidakselesaan orang.
Argh! Malu betul jika badan kuat berpeluh. Bila mudah berpeluh, pasti mengundang rasa tidak selesa dan bauan kurang enak di bawah lengan. Yang pasti, anda mesti segan untuk mengangkat tangan, malu akan kesan tompokan peluh di ketiak. Tambahan pula, lelaki lebih mudah dan banyak berpeluh berbanding wanita.
Jadi, bagaimana caranya untuk menghindari situasi ketiak basah ini? Jangan risau! Kami di GLAM Lelaki ada jalan penyelesaiannya.
TIP BERKESAN UNTUK HINDARI KETIAK BASAH

Foto: Freepik
Yang pasti, anda mesti segan untuk mengangkat tangan, malu akan kesan tompokan peluh di ketiak. Usah risau, cuba petua kami di sini.
1. TUNGGU DEODORAN KERING
Ya, salah satu cara klasik untuk menghindari bau badan dek bawah lengan yang mudah basah adalah menggunakan deodoran. Namun malangnya, lelaki kerap terus memakai baju selepas menggunakannya. Salah tindakan ini.
Anda sewajarnya digalakkan untuk menunggu deadoran itu kering terlebih dahulu. Ini kerana jika anda mengenakan pakaian sebelum ia kering, zat dari deodaran itu akan meresap ke baju anda. Jadi, tiada gunanya anda mengenakan deodoran.
Deodoran yang bagus adalah yang membuat kulit ketiak anda selesa dan tidak menyebabkan kegatalan, iritasi, dan membuat kulit ketiak menghitam.
2. PERAWATAN BAWAH LENGAN
Tahukah anda, bahawa peluh sebenarnya langsung tidak berbau? Secara amnya, peluh bawah lengan terdiri daripada air. Bau busuk yang terhasil sebenarnya adalah daripada bakteria yang hidup di permukaan kulit ketiak. Oleh itu, amat penting buat anda merawat bawah lengan anda.
Bagaimana? Seperti rambut, anda sewajarnya perlu merapikan bulu bawah lengan dengan teknik mencukur mahupun wax. Bulu di bawah lengan hanya akan mengumpulkan bakteria di area tersebut dan mengundang bauan kurang enak.
3. PENGAMBILAN JUS

Foto: Freepik
Kajian mendapati buah lobak bermanfaat untuk menghilangkan bau badan dan mengurangkan ketiak basah. Jadi, anda disarankan untuk membuat jus dari lobak tersebut. Caranya, parut buak lobak tersebut dan ekstraknya menjadi jus. Ternyata berkesan!
Selain itu, jus tomato kaya dengan vitamin dan antioksidan, menstabilkan proses merembes kelenjar peluh. Minum satu hingga dua gelas sehari jus tomato asli tanpa gula untuk mencegah peluh berlebihan.
4. GUNAKAN PELAPIK KETIAK
Cara ini mungkin tidak ramai yang tahu namun amat sesuai buat mereka yang menghadapi masalah hiperhidrosis iaitu masalah peluh keluar secara berlebihan. Pelapik ketiak adalah alternatif dan digunakan secara terus pada pakaian.
Pelapik ketiak juga berfungsi menghalangkan kotoran ketiak, menyerap segala peluh yang keluar, mengawal peluh berlebihan dan melindungi pakaian anda.
Artikel berkaitan: ELAK BADAN BERBAU SELEPAS GIM, 6 PRODUK PENJAGAAN INI PERLU BAWA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
AINA ABDUL CURI PERHATIAN PEMINAT ANTARABANGSA, MALAYSIA DIRAMAL TEMBUS TOP 3 EUROVISION ASIA 2026?
Aina Abdul bakal mewakili Malaysia ke Eurovision Asia 2026, dengan peminat antarabangsa meramalkan Malaysia mampu menembusi Top 3.
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
PARK JI HOON X SUPERDRY, SATU KOLABORASI, SERIBU TARIKAN
PARK JI HOON X SUPERDRY memperkenalkan koleksi edisi terhad di Malaysia, menggabungkan fesyen jalanan dengan pengalaman buat peminat.
GAYA, KERJAYA DAN IMPIAN DARYL TAN
Daryl Tan berkongsi inspirasi fesyen vintaj, pengalaman kerjaya serta impian besar yang ingin dicapai sebelum mencecah usia 30 tahun.
ADZIM HARIZ, GAYA BERSAHAJA KREATIVITI LUAR BIASA
Adzim Hariz berkongsi perjalanan sebagai content creator, inspirasi dan gaya peribadi yang mencerminkan keaslian serta identiti tersendiri.
UNIQLO X JW ANDERSON KEMBALI DENGAN GAYA BAHARU
UNIQLO x JW Anderson kembali dengan gabungan gaya klasik British, rekaan moden dan keselesaan untuk lelaki bergaya.











