Skip to content

Montblanc Explorer Platinum

SEMANGAT HERO PENGEMBARAAN MONTBLANC EXPLORER PLATINUM BAHARU

Kongsikan artikel ini

Dengan edisi terkini keluarga Explorer, Montblanc Fragrance memperkenalkan wangian Montblanc Explorer Platinum untuk merakamkan semangat hero pengembaraan yang baharu.

Buat seorang pengembara, semangat pengembaraan itu tidak pernah luntur. Pasti ada destinasi baharu yang boleh dieksplorasi, sempadan baharu untuk dicabar dan cita-cita baharu sebagai impian terbaharu. Dengan edisi terkini keluarga Explorer, Montblanc Fragrance memperkenalkan wangain kedua Montblanc Explorer Platinum untuk merakamkan semangat hero pengembaraan yang baharu.

Montblanc Explorer Platinum

Montblanc Explorer Platinum mengekspresikan semangat kembara yang tiada sempadan. Ia memberikan situasi mencabar buat seorang hero yang mahukan cabaran baharu dalam kehidupan. Edisi keluarga Explorer kedua ini menjawab panggilan cabaran tersebut yang dicari oleh setiap pengembara melalui wangian yang memberikan haruman woody bersama desain botol yang berkuasa.

Montblanc Malaysia

Cerita mengenai minyak wangi ini mengisahkan tentang pertembungan antara lelaki dan gunung. Explorer Platinum adalah asas kepada jenama Montblanc dan perhubungannya dengan gunung-ganang. Sebuah Maison yang dinamakan daripada puncak tertinggi benua Eropah, Montblanc terus menginspirasikan desain dan haruman daripada keindahan gunung dan glasier teragung.

 

Pengembaraan Montblanc Explorer Platinum

Wangian Platinum ini membiaskan sisi baharu Montblanc Explorer dengan sentuhan moden pada kayu-kayan, dalam memberikan cabaran kembara ke puncak. Dihasilkan oleh perfumer terkenal seperti Bruno Jovanovic, Nathalie Lorson dan Fabrice Pellegrin, ia mengekspresikan haruman signature yang dihasilkan daripada kayu, sipres dan airy crispy accord. Lantas, melantangkan sisi bold dan maskulin yang diperkemaskan.

Montblanc Explorer

Eau de Parfum ini membuka dengan wangian yang lebih terang pada nota hijau seperti Grapefruit, Violet Leaves dan esen Clary Sage. Ini memberikan nota kristal yang lebih segar, persis salji dan kedinginan ais. Ia ditingkatkan dengan Cedarwood Alaska dan nota amber yang elegan untuk menghasilkan tekstur kayu yang menggabungkan nota musky yang diperkaya.

 

Inspirasi Eksplorasi Desain Botol

Botol wangian ini diinspirasikan daripada eksplorasi dan kelengkapan untuk pengembaraan Montblanc yang sinonim dengan semangat dan menghasilkan jam tangan untuk kembara yang paling mencabar. Dedikasi untuk menawan Seven Summit dunia yang menjadi impian pendaki elit, jam tangan Montblanc 1858 Geosphere yang menjadi signature lastas inspirasi utama pada teksture perak pemegang botol. Cukup menarik perhatian, seperti pantulan sinar tali jam tangan tersebut.

Explorer Platinum

Dekorasi dihasilkan dengan tangan di Pelleteria Maison di Florence yang menggunakan logo Montblanc yang dihasilkan di Hamburg, Jerman. Ia memberikan perlindungan terbaik Ketika kembara dan melancing, lebih-lebih dengan saiz botel 30ml yang mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Logo itu juga membentuk penutup botol wangian dalam ton perak metalik, yang menambahkan sisi elegan maskulin pada keseluruhan reka bentuk.

 

Kempen Explorer Platinum Yang Memukai Pandangan

Jurufoto, Mathieu César telah merakamkan keindahan yang hadir daripada kuasa alam sekitar dan kemuncak gunung bersalji ketika terbit matahari. Kempen visual ini dirakamkan di Italian Dolomites dan juga Messner Museum. Ia menceritakan mengenai pengembaraan, dan inspirasi yang hadir daripada lanskap gunung-ganang, dan semangat yang lahir daripada alam semula jadi.

Montblanc Explorer Platinum

Pertembungan antara lelaki dan gunung boleh disaksikan di Messner Museum. Ia mendedikasikan pengembaraan gunung tradisonal dan menawarkan padangan unik yang menjadi latar pergunungan Dolomites dan Alps. Di puncak pula menampilkan seni bina agung Zaha Hadid. Dalam filem kempen pula, Rein Langeveld selaku hero Explorer menikmati kehidupan dengan memegang mantra Montblanc; “What Moves You Makes You”. Terpesona dengan keagungan gunung di sekeliling, dia terus melangkah ke hdapan dan ke puncak kejayaan.

 

Montblanc Explorer Platinum Eau De Parfum boleh didapati dalam tiga saiz botel iaitu 100ml, 60ml dan saiz kembara 30ml. Boleh didapati di laman rasmi Montblanc, Sephora dan kaunter fikizal di seluruh Malaysia.

 

Baca lebih lanjut: EKSPLORASI GLAM LELAKI ALPHAMEN 2023 BERSAMA MONTBLANC

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Wangian Lelaki

WANGIAN LELAKI YANG MENJADI SEBUTAN LELAKI GEN Z

Bacaan Lanjut

KETAHUI WANGIAN KEGEMARAN BINTANG THAILAND, MILE PHAKPHUM

Bacaan Lanjut
Henry Jacques Malaysia

HENRY JACQUES MEMPERKENALKAN WANGIAN BERHARGA RM45,000

Bacaan Lanjut

12 WANGIAN PILIHAN GLAM LELAKI DAN RIZAL RASID UNTUK LEBARAN 2024

Bacaan Lanjut
hermes h24

H24 HERBES VIVES EAU DE PARFUM, WANGIAN BAHARU HERMES UNTUK LELAKI

Bacaan Lanjut
celine Malaysia

RITUAL MANDIAN CELINE DENGAN KOLEKSI COLOGNE CÉLESTE

Bacaan Lanjut