QUADROSTAR PROYELLOW, RAWATAN LASER TERKINI LAGI DIPERTINGKAT HANYA DI BEAULIFE CLINIC
Semua ingin merasai memiliki kulit yang sihat, cerah tanpa cela, tidak terkecuali kaum lelaki sendiri. Siapa bilang wanita saja memerlukan kulit wajah yang sihat? Era kini, lelaki juga dilihat kian mementingkan penampilan untuk tampil berkeyakinan, dan rawatan laser adalah salah satu cara terbaik untuk memiliki kulit berseri.
Semua tahu, rawatan laser merupakan cara paling berkesan untuk merawat keadaan kulit pigmentasi (berbanding dengan krim muka dari farmasi dan rawatan salon kecantikan), kerana ia terbukti dalam mengurangkan melanin secara berkesan dari dalam kulit, menghasilkan kulit lebih cerah, halus dan warna kulit lebih seimbang. Bagi mereka yang mempunyai warna kulit yang lebih gelap, rawatan laser yang biasa boleh membawa kepada risiko inflamasi kulit dan hiperpigmentasi selepas rawatan (post-inflammatory hyperpigmentation atau PIH), di mana pigmen kulit menjadi lebih nyata daripada sebaliknya lebih cerah.
Tetapi kini terdapat rawatan laser baru iaitu Quadrostar ProYellow, yang menangani isu kulit gelap dengan berkesan. Selamat untuk mereka dengan warna kulit yang lebih sederhana atau gelap, rawatan Pro Yellow merupakan rawatan yang cepat, tanpa rasa sakit dan cukup berkesan untuk merawat kulit dari dalam, apatah lagi klinik ini mendapat pengiktirafan dari KKM. Justeru itu, anda tidak perlu mengambil masa untuk rehat selepas satu sesi rawatan – anda boleh dengan mudah menjenguk klinik doktor estetik untuk menjalani rawatan ini seperti sewaktu rehat makan tengahari, dan teruskan hari anda tanpa gangguan jadual.
Penulis GLAM Lelaki sendiri berkesempatan untuk menjalani rawatran Quadrostar ProYellow ini dan ternyata hasilnya amat ketara. Selain itu, penulis juga sempat menemubual dua doktor pakar di klinik Beaulife Clinic, iaitu Dr Teh Sheau Jye dan Dr Leong Chee Yong akan rawatan eksklusif pertama di Malaysia yang disediakan khas oleh klinik ini.
GLAM Lelaki: Kenapa rawatan laser perlu dijalani bagi memiliki kulit wajah yang cerah dan nyata?
DR TEH SHEAU JYE: Laser mempunyai gelombang unik yang mampu mencapai lapisan kulit dermis dan diserap oleh air, hemoglobin atau melanin dalam kulit tanpa menyebabkan kerosakan kulit di sekelilingnya. Dengan laser ia akan menghancurkan pigmen, luka vaskular, sekaligus meringankan kulit. Ia juga meningkatkan pengeluaran kolagen dan membantu dalam meremajakan kondisi kulit.
GLAM Lelaki: Apa yang membezakan rawatan ProYellow dengan rawatan laser yang lain?
DR LEONG CHEE YONG: Rawatan laser ProYellow adalah laser lembut serta versatil di mana ia memiliki pelbagai jenis tetapan yang boleh disesuaikan dengan semua jenis kulit dan masalah kulit. Ia juga menawarkan teknologi penyejukan kulit yang terintegrasi dalam pengimbas dan peranti yang membantu mengurangkan risiko komplikasi semasa rawatan laser.
GLAM Lelaki: Bagaimana pula durasi serta prosedur rawatan ProYellow ini?
DR LEONG CHEE YONG: Oh rawatan ProYellow ini hanya mengambil kurang dari 30 minit. Bagi mereka yang ingin mencuba, antara langkah-langkahnya bermula dengan:
- Konsultasi dan analisis kulit
- Pembersihan kulit
- Pembuangan solekan
- Penyediaan perlindungan mata untuk pelanggan termasuk doktor
- Rawatan laser
- Penjagaan pos laser
- Sapuan krim sunblock
GLAM Lelaki: Adakah ia mempunyai kesan jangka panjang selepas menjalaninya?
DR TEH SHEAU JYE: Boleh dikatakan agak minimal kerana rawatan laser ProYellow adalah rawatan bukan invasif yang tidak memecahkan permukaan kulit. Malah, anda akan melihat kulit anda menjadi lebih cerah selepas sesi tersebut. Tetapi mereka yang mempunyai kulit sensitif, mereka mungkin akan mengalami kemerahan yang ringan selama satu jam. Solekan biasa boleh digunakan terus pada muka selepas sesi laser kerana tidak akan mencederakan kulit. Apa jua aktiviti harian boleh disambung semula mereka selepas rawatan, tiada masalah.
GLAM Lelaki: Bagaimana pula dengan hasilnya? Apa yang boleh pelanggan harapkan dari rawatan ProYellow di BeauLife Clinic ini?
DR TEH SHEAU JYE: Anda akan melihat kesan pencerahan kulit serta-merta selepas satu sesi laser, dan hasil lebih ketara akan mula muncul dalam masa dua minggu.
GLAM Lelaki: Jadi bagaimana pelanggan boleh menempah sesi rawatan ini di Beaulife Clinic?
DR LEONG CHEE YONG: Pelanggan boleh datang terus ke klinik kami yang berlokasi di Bukit Jalil, atau menghubungi kami di talian 03 8999 2682 untuk menempah slot mahupun konsultasi bersama doktor. Mereka juga boleh melayari laman web klinik kami di https://beaulifeclinic.com/ atau terus ke laman instagram kami @beaulifeclinic.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 13 Disember 2018
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LUSH MALAYSIA LANCAR STOR KE-10 DI SURIA KLCC
Jenama kosmetik segar asal Britain, Lush melancarkan stor ke-10 di Malaysia di Suria KLCC yang turut menampilkan produk grooming untuk lelaki.
LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH
Semasa matahari terbenam di ufuk pada hari terakhir tahun 2023, Lexis Hibiscus Port Dickson berubah menjadi syurga kaleidoskopik bagi lebih daripada 2,000 para tetamu yang meraikan perayaan Malam Tahun Baru yang paling dinantikan tahun ini.
STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID
Bagi peminat chef selebriti terkenal Gordon Ramsay, anda kini boleh menikmati makanan lazat di restoran terbarunya Street Pizza di Sunway Pyramid.
7 TANDA RAMBUT SEMAKIN MENIPIS & CARA UNTUK ELAK JADI BOTAK
Kepala botak seringkali menjadi masalah kepada lelaki apabila usia semakin meningkat. Ketahui tanda-tanda rambut semakin menipis dan cara elakkannya.
BULU BAWAH LENGAN, PERLU CUKUR ATAU TIDAK?
Perlu atau tidak seorang lelaki mencukur bulu di bahagian bawah lengan? Ya, kami merungkai mitos ini.
SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK
Ruark menampilkan Siri 100 sistem muzik yang menawarkan lonjakan dalam kualiti audio evolusi dan gabungan kesenian dan inovasi yang lancar.