Skip to content

RAHSIA MATTHEW MCCONAUGHEY TAMPIL KURUS MELIDI DALAM DALLAS BUYERS CLUB

RAHSIA MATTHEW MCCONAUGHEY TAMPIL KURUS MELIDI DALAM DALLAS BUYERS CLUB

Kongsikan artikel ini

Matthew McConaughey dikenali sebagai salah seorang pelakon paling versatil di Hollywood.

Berilah apa saja watak, dia mampu menggalasnya dengan begitu sempurna. Tidak terhenti di situ, Matthew juga berkemampuan melakukan transformasi tubuh untuk menjayakan peranan dalam pelbagai filem yang dibintanginya.

Antara filem popular yang memerlukannya tampil kurus melidi adalah Dallas Buyers Club yang ditayangkan pada 2013. Filem arahan mendiang Jean-Marc Vallee itu diinspirasikan daripada kisah benar. Ia menceritakan tentang Ron Woodroof, pesakit AIDS yang menyeludup masuk ubat farmaseutikal tidak diluluskan bagi merawat penyakitnya.

Matthew McConaughey Dallas Buyers Club

Dalam filem itu, Matthew berjaya menurunkan berat badan sebanyak 22 kilogram. Beratnya ketika melakonkan watak itu hanyalah 68 kilogram.

Diet Amalan Matthew McConaughey

Untuk menjayakan watak sebagai pesakit AIDS, aktor ini mengamalkan diet ketat di mana dia hanya makan hidangan berasaskan ikan, putih telur dan puding ubi kayu. Selain itu dia mengambil 500 kalori sehari diikuti pengambilan ekstrem lobak putih dan hummus.

“Saya tidak menyeksa diri. Saya militan. Bahagian paling sukar adalah untuk membuat pilihan,” katanya dalam salah satu episod The Joe Rogan Experience. Tambahnya, dia rasa bertanggungjawab untuk menurunkan berat badan untuk memastikan watak yang dibawa benar-benar berkesan.

Matthew McConaughey Dallas Buyers Club

Bagaimanpun Matthew menggambarkan pengalaman tersebut sebagai proses yang sangat membebankan tubuh dan kesihatannya secara keseluruhan. Dia dilaporkan kehilangan banyak tenaga kerana tubuhnya perlu bekerja keras untuk menyesuaikan diri dengan penurunan berat badan yang ketara.

Menerusi persembahan luar biasa, dia berjaya membawa pulang trofi Oscar dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik. Selain Matthew, Dallas Buyers Club turut dibintangi oleh Jared Leto dan Jennifer Garner.

 

Foto: Getty Images/Pinterest

Pautan berkaitan: TRANSFORMASI DRAMATIK SEBASTIAN STAN UNTUK FILEM A DIFFERENT MAN