Skip to content

Kiehl's

RAIKAN TAHUN BARU BERSAMA KIEHL’S

Kongsikan artikel ini

Kolaborasi yang kelima Kiehl’s bersama ilustrator artis, Shan Jiang untuk koleksi edisi terhad sempena sambutan tahun baru Lunar 2023.

Tahun Baru bersama Kiehl's

Tahun in merupakan tahun arnab yang melambangkan keharmonian, kekayaan dan kekeluargaan. Kiehl’s hadir bersama barisan penjagaan kulit wajah ikonik serta ilham rekaan bingkisannya direka oleh Shan Jiang. Anda akan melihat produk seperti Ultra Facial Cream, Calendula Toner dan Rare Earth Deep Pore Cleaning Mask mendapat sentuhan istimewa oleh ilustrator artis ini.

 

Bual bicara bersama Shan Jiang:

Shan Jiang Kiehls

Apakah inspirasi anda semasa mencipta kempen Tahun Arnab bersama Kiehl’s?

Tiga perkara memberi inspirasi kepada saya: Pertama, saya mengkaji keunikan dan pergerakan arnab, bagaimana mereka melompat dan bergerak, struktur badan, tabiat, perkara yang mereka suka dan bagaimana mereka berkawan. Dengan ini, saya dapat melakar kognisi saya tentang haiwan untuk mencipta imej yang unik.Kedua ialah cerita tradisional. Sejak kecil, saya mendengar banyak cerita tentang watak-watak kecil yang comel daripada cerita rakyat, mitos, fiksyen dan buku kanak-kanak. Arnab sentiasa menjadi ikon dalam budaya kita. Ketiga pula budaya Kiehl’s. Kerana jenama ini kaya dengan warisan.

Beritahu proses kreatif anda dan cerita ilustrasi anda.

Semuanya bermula dengan lakaran kasar, diikuti dengan penyelidikan untuk memperhalusi idea awal. Melalui kisah menarik lengkaplah matlamat karya seni saya.Saya ingin mencipta detik dalam karya yang boleh menghubungkannya kepada klien utama Kiehl’s dan mereka memahami hasil seni saya.

Tahun Baru segalanya mengenai kesihatan kulit, apakah produk Kiehl’s pilihan anda?

Produk pilihan saya iaitu Ultra Facial Cream. I have been using it for many years. Dan sangat menggemarinya kerana ia melembapkan kulit wajah sepanjang hari dan saya tidak boleh hidup tanpanya!

Calendula Toner Kiehl's

Artikel berkaitan SABUN BAR PEMBERSIH WAJAH PALING BERKESAN!

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK

EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA

Bacaan Lanjut
5 'POSTING' INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM FITNESS

5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS

Bacaan Lanjut
mew suppasit

MEW SUPPASIT & MONTBLANC MEISTERSTÜCK: MANIFESTASI JIWA DALAM SETIAP GORESAN

Bacaan Lanjut
TACTICAL GROOMING: KEKAL KACAK DI BAWAH BAHANG PALM SPRINGS

TACTICAL GROOMING: KEKAL KACAK DI BAWAH BAHANG PALM SPRINGS

Bacaan Lanjut
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

Bacaan Lanjut
THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 5 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN

THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 7 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN

Bacaan Lanjut