SELAMAT TINGGAL KULIT KUSAM, HELLO NEW SKIN!
Mulakan hari baru dengan tabiat grooming sepenuh masa. Sempena National Men’s Grooming Day,GL bariskan produk penjagaan wajah dan badan untuk anda update your skincare routine.
Lelaki wajib peka akan penjagaan kulit wajah kerana ia petanda anda seorang pembersih dan menjaga penampilan diri. Perkara paling asas adalah dengan membersih wajah. Tetapi adakah lebih bagusnya rutin ini diperkemaskan lagi agar lebih efektif dan intensif kesannya. Seperti contoh, jika anda miliki kulit berjerawat atau berminyak? Tak akanlah hendak membersih sahaja, tiada produk susulan. Jangan malas-malas, praktikkan rutin ini secara perlahan, lama-kelamaan pasti terbiasa. GL Bariskan produk terkini perlu anda miliki dalam mengekalkan kulit lebih sihat dan bersih.
OLE HENRIKSEN COLD PLUNGE PORE REMEDY MOISTURIZER
Adalah lebih bermakna jika anda kekalkan kulit lembap kerana jika kulit makin tidak sekata ini akan membuatkan wajah kelihatan lebih tua dari umur. Jika anda mempunyai masalah kulit berminyak dan jerawat, Cold Plunge Pore Remedy Moisturizer ini sangat sesuai. Krim ini adalah inspirasi daripada kitaran sauna Scandanavian “Cold Plunge”, teksturnya snow slush dan bebas minyak. Imbangi kelembapan kulit sambil beri kesegaran berganda. Kandungan istimewa seperti BHA dan LHA membantu untuk kurangkan sel kulit mati dan hilangkan pori tersumbat.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TIP GROOMING TAMPIL SEGAK BUAT JEJAKA
Selain bagi memikat hati wanita idaman, penampilan juga perlu kelihatan rapi, kemas, dan confident agar diberi tanggapan yang baik kepada orang yang kita temui. GL senaraikan 5 tip terbaik yang boleh dilakukan oleh jejaka!
AESOP DAN RICK OWENS
Pertemuan luar biasa antara figura fesyen mencetus kolaborasi paling ditunggu-tunggu. Koleksi edisi terhad dedikasi kepada sinergi antara Aesop dan Rick Owens.
INI PUNCA WAJAH KELIHATAN TUA DARI USIA SEBENAR
Usia baru sahaja mencecah 30-an, tetapi wajah sudah penuh garis-garis halus. GL senaraikan tabiat yang membuatkan anda nampak lebih tua!
Pupur Topeng, Ini Top 3 Pilihan Glam Lelaki
Apa yang seronoknya melihat IG story sejak beberapa tahun ini ialah bila melihat ramai lelaki sudah rajin memakai pupur atau mask. Hampir saban malam ada sahaja saya lihat pengguna media sosial yang saya ikuti berkongsi foto atau video mereka memakai pupur. Rata-ratanya memilih memakai pupur jenis topeng (sheet mask) berbanding tektur lain seperti gel mahupun…
AESOP MEMANIPULASI MANFAAT PARSLEY SEED
Saya anggap Aesop satu jenama penjagaan diri yang cukup utuh dengan estetika yang tersendiri. Jenama kelahiran Australia ini memang menang dalam trademark atau identiti dirinya. Penggunaan botol gelapnya dalam majoriti rangkaian produknya cukup disukai. Ia tampak bersahaja namun ada kelas. Tidak bergantung pada ‘imej’ semata, Aesop juga mengiringi kekuatan identitinya itu dengan produk berkualiti yang…
INVICTUS VICTORY, AROMA BUAT JUARA
Haruman itu besar peranannya dalam menaikkan mood. Ada sebahagian orang pula menggunakan haruman sebagai sumber keyakinan diri, yang adakalanya bila sudah terlalu biasa dengan satu-satu haruman, dirinya tidak lengkap jika tidak dibaluti bau yang sama, macam ada yang hilang dalam dirinya. Pilihan haruman juga bermacam-macam, dan setiap satunya punya karakter berbeza-beza. Paco Rabanne misalnya punya…