SLICK BACK HAIR HANGAT DI FENDI
Pementasan himpunan musim bunga/panas Fendi baru sahaja berlangsung minggu lalu. Dalam pada orang lain tertumpu pada ilham baju dan jaket senteng (crop-top) dalam warna-warna pastel seperti lemon dan lavender, saya tertarik melihat gaya rambut di pementasan tersebut. Cukup sharp dan kemas.
Bagi sesetengah orang slick back hair tampak lebih formal dan bersifat klasik, tapi percayalah ia memberi sentuhan berbeza pada gaya ringkas. Ia buat penampilan lebih terletak dan tidak selekeh walaupun anda sekadar bercelana pendek dan baju-t semata.

Model-model berambut pendek rata-ratanya dipotong lebih pendek rambutnya, ala gaya rambut tentera. Manakala model berambut panjang atau paras Sederhana diberi gaya slick back yang sangat sharp. Bagi saya gaya ini agak lari dari idea musim bunga yang selalunya lebih bersifat carefree, yang lazimnya dibiarkan kering, messy dan berterbangan, bagaikan gaya out-of-bed, tapi tidak di Fendi kali ini. Jujurnya saya suka.
Mencipta gaya slick back mungkin lebih mudah bagi model-model Eropah kerana biasanya tekstur rambut mereka lebih halus, ringan dan biasanya mengikut ‘cakap’, jika disikat ke belakang, ke belakanglah ia, jika ke tepi, kekallah di tepi sampai ke petang. Berbeza dengan orang Asia, tekstur rambut lebih tebal, dan selalunya kurang volum dek disebabkan cuaca dan biasanya lebih tebal.

Jadi bagaimana jika kita mahu mendapatkan gaya sebegini? Ada beberapa cara yang perlu dilakukan. Pertama sekali keringkan rambut, dan Jika rambut anda jenis ikal atau keriting, gunakan alat pelurus rambut (iron), dan luruskan lapis demi lapis. Bahagikan rambut terlebih dahulu kepada beberapa bahagian, jadi sesi melurus lebih mudah. Bila meluruskan rambut, pastikan anda menarik rambut ke belakang.
Setelah siap diluruskan, barulah anda mengambil gel (pastikan jenis wet-look), dan sapu atau sikat lapis demi lapis, bermula dari bahagian belakang. Selepas gel diratakan apda seluruh rambut dan disikat ke belakang, barulah anda kunci gaya tersebut dengan menyembur semburan rambut agar gaya rambut kekal dan tahan lebih lama.

Artikel Berkaitan: GROOMING BELAKANG PENTAS DIOR SUMMER 2022
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SENARAI INFLUENCER LELAKI YANG MENGINSPIRASIKAN SEMPENA HARI LELAKI SEDUNIA
Enam nama ini wajar diberi perhatian kerana mereka membawa impak tersendiri kepada komuniti. Ketahui influencer lelaki yang menginspirasikan.
7 TABIAT LELAKI MODEN UNTUK HIDUP LEBIH SIHAT MASA KINI
Ketahui 7 tabiat penting yang diamalkan lelaki moden untuk hidup lebih sihat, seimbang dan penuh kesedaran diri Sempena Hari Lelaki Sedunia.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Mierul Aiman antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
6 CARA PENGGAYAAN UNTUK LELAKI YANG MAHU TAMPIL LEBIH ‘SOFISTIKATED’
Gaya lelaki sofistikated bermula dengan disiplin dan perincian kecil. Ini panduan GLAM Lelaki untuk penampilan matang dan berkarisma.
OSKAR LEE, SEIMBANG ANTARA SUKAN DAN STAIL. “SAYA MEMANG AKTIF SUKAN SEJAK KECIL.”
"Gaya saya banyak berubah. Era “hypebeast streetwear” dulu sudah berakhir, kini berkembang menjadi sesuatu yang lebih matang," Oskar Lee.
ROMAN EMPIRE, LAGU BANG CHAN BUAT FENDI
Bang Chan, duta jenama FENDI berjaya menggabungkan muzik dan fesyen dalam single terbarunya, Roman Empire, kolaborasi bersama jenama itu.











