TIP HINDARI KETIAK BASAH TIDAK SEMUA LELAKI TAHU
Argh! Malu betul jika badan kuat berpeluh. Bila mudah berpeluh, pasti mengundang rasa tidak selesa dan bauan kurang enak di bawah lengan. Yang pasti, anda mesti segan untuk mengangkat tangan, malu akan kesan tompokan peluh di ketiak. Tambahan pula, lelaki lebih mudah dan banyak berpeluh berbanding wanita. Jadi, bagaimana caranya untuk menghindari situasi ini? Jangan risau! Kami di GL ada jalan penyelesaiannya.

1. TUNGGU DEODORAN KERING
Ya, salah satu cara klasik untuk menghindari bau badan dek bawah lengan yang mudah basah adalah menggunakan deodaran. Namun malangnya, lelaki kerap terus memakai baju selepas menggunakannya. Salah tindakan ini. Anda sewajarnya digalakkan untuk menunggu deadoran itu kering terlebih dahulu. Ini kerana jika anda mengenakan pakaian sebelum ia kering, zat dari deodaran itu akan meresap ke baju anda. Jadi, tiada gunanya anda mengenakan deodoran. Deodoran yang bagus adalah yang membuat kulit ketiak anda selesa dan tidak menyebabkan kegatalan, iritasi, dan membuat kulit ketiak menghitam.

2. PERAWATAN BAWAH LENGAN
Tahukah anda, bahawa peluh sebenarnya lansung tidak berbau. Secara amnya, peluh bawah lengan terdiri daripada air. Bau busuk yang terhasil sebenarnya adalah daripada bakteria yang hidup di permukaan kulit ketiak. Oleh itu, amat penting buat anda merawat bawah lengan anda. Bagaimana. Seperti rambut, anda sewajarnya perlu merapikan bulu bawah lengan dengan teknik mencukur mahupun wax. Bulu di bawah lengan hanya akan mengumpulkan bakteria di area tersebut dan mengundang bauan kurang enak.

3. JUS
Kajian mendapati buah lobak bermanfaat untuk menghilangkan bau badan. Jadi, anda disarankan untuk membuat jus dari lobak tersebut. Caranya, parut buak lobak tersebut dan ekstrakkanya menjadi jus. Ternyata berkesan. Selain itu, jus tomato kaya dengan vitamin dan antioksidan, menstabilkan proses merembes kelenjar peluh. Minum satu hingga dua gelas sehari jus tomato asli tanpa gula untuk mencegah peluh berlebihan.

4. GUNAKAN PELAPIK KETIAK
Cara ini mungkin tidak ramai yang tahu namun amat sesuai buat mereka yang menghadapi masalah hiperhidrosis iaitu masalah peluh keluar secara berlebihan. Pelapik ketiak adalah alternatif dan digunakan secara terus pada pakaian. Pelapik ketiak juga berfungsi menghalangkan kotoran ketiak, menyerap segala peluh yang keluar, mengawal peluh berlebihan dan melindungi pakaian anda.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 16 Jun 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TACTICAL GROOMING: KEKAL KACAK DI BAWAH BAHANG PALM SPRINGS
Ketahui strategi tactical grooming untuk kekal segar di Palm Springs. Tip penjagaan wajah, rambut, dan wangian untuk lelaki masa kini.
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL
Daripada estetika klasik asetat hingga impak berani Gentle Monster, serlahkan karisma anda dengan visi gaya paling segak di GLAM LELAKI.
DESERT HEAT: 5 PEMPENGARUH MALAYSIA YANG HADIR DI COACHELLA 2026
Lihat bagaimana 5 pempengaruh popular Malaysia termasuk Alvy Joanna dan Milleh Christian menakluki Desert Heat: Coachella 2026
AROMATIK APRIL: 5 WANGIAN ‘NICHE’ YANG BAKAL MENJADI IDENTITI BARU ANDA
Aromatik April: Terokai kurasi wangian niche yang artistik dan berkarakter. Biarkan haruman anda bercerita sebelum anda mula berbicara.
MAKSIMALISME 2026 : MENGAPA SUDAH TIBA MASANYA LELAKI BERHENTI ‘PLAY SAFE’
Tinggalkan minimalisme. Terokai trend Maksimalisme 2026 bersama Hael Husaini, Hun Haqeem, dan Syed Syafiq. Berhenti bermain selamat sekarang!
LANGKAH UNTUK KEKAL RAPI & KEMAS UNTUK LELAKI DI PAGI RAYA
Elak potong rambut last minute! Ini tip lengkap lelaki untuk kekal segak rapi, dari grooming hingga gaya busana di pagi Raya.










