TRIK DIET UNTUK DAPATKAN KULIT MENAWAN TIDAK SEMUA LELAKI TAHU
Menurut doktor, 80 peratus faktor kulit sihat adalah daripada pemakanan kamu. Periksa keperluan kulit dan pelajari cara bijak untuk dapatkan kulit seksi. Maklumlah, diperakui memang agak sukar untuk mengawal diet permakanan bukan? Jangan risau, GL berkongsi trik eksklusif untuk dapatkan kulit menawan. Teruskan membaca…

1. KULIT LICIN TANPA GARIS HALUS
Selain faktor peningkatan usia, sinaran UV dan pencemaran adalah penyumbang terbesar garis halus dan kedutan. Pendedahan terhadap asap, sinaran matahari dan asap rokok sekunder akan membebaskan radikal yang menyerang dan menceraikan kolagen kulit, sejenis ejen yang berfungsi memberi ketegangan. Dengan mengambil vitamin berikut setiap hari, ia mampu mengurangkan kedutan dalam tempoh sebulan lebih dan menghalang terjadinya kedutan baru.
MAKAN LEBIH: Vitamin C
Makanan yang kaya dengan sumber ini seperti beri, kiwi dan buah-buhan sitrus (ambil setengah cawan sehari) menghalang radikal bebas dan membantu penghasilan kolagen. Menurut kajian The American of Clinical Nutrition, wanita yang mengambil lebih Vitamin C terbukti mempunyai kurang kedutan.
DAN LEBIH: Vitamin E
Antioksidan ini berkesan menghalang kehilangan kolagen di samping memperbaiki kemampuan melembapkan kulit secara semula jadi. Menurut laporan kajian British Journal of Dermatology, faktor ini penting kerana kulit yang lembap akan kurang berkedut dalam jangka waktu panjang. Vitamin E boleh didapati daripada telur (ambil dua biji ketika sarapan), almond dan pecan (ambil segenggam ketika makan tengah hari).
2. KULIT BEBAS CELA
Bila sel kulit mati dan minyak ‘berkerak’ di pori, ia jadi radang dan bertukar kepada jerawat. Mengambil makanan penghalang inflamasi akan membersihkan kulit dalam tempoh enam ke lapan minggu.

MAKAN LEBIH: Vitamin A
Vitamin A membantu mengawal dan meningkatkan cara kulit meghapuskan sel kulit mati apabila dimakan dan digunakan secara semasa. Sumber makanan diperkaya Vitamin A termasuklah sayuran hijau (sasarkan secawan kubis, bayam atau brokoli setiap hari) dan hasil tanaman jingga/orange produce (setengah cawan kentang manis, lobak merah atau tembikai setiap hari).
DAN LEBIH: Zink
Mineral ini ejen pembasmi radang yang hebat dan sangat cekap mengawal penghasilan minyak. Kandungannya paling tinggi di dalam tiram, daging panggang dan ketam (85 gram diambil ketika makan malam adalah mencukupi), bijirin gandum (tambah dua sudu besar ke dalam yogurt atau makanan bijirin) dan biji labu (jadikan segenggam snek). Apabila disapukan di kulit, ia turut menghalang wajah daripada cepat berminyak.
3. KULIT BERCAHAYA SEMULA JADI
Suhu dan udara dalaman boleh menyedut lembapan kulit dan ia buat kulit nampak kering dan kusam. Tambahkan menu ringkas ini di dalam diet harian kamu dan ia hasilkan tona kulit lebih bercahaya dalam tempoh dua ke tiga minggu.

MAKAN LEBIH: Omega-3
Asid lemak terkandung di dalam sumber makanan seperti salmon (ambil 113 gram setiap hari) dan biji flax (taburkan satu sudu besar di atas salad) melembapkan sel kulit dan memberikan cahaya semula jadi dari dalam. Apabila ia disapu di atas permukaan kulit, ia melembapkan bahagian yang kering dan menghasilkan efek bercahaya pada kulitmu.
DAN LEBIH: Niasin
‘Salin’ tona kulit pucat kepada efek kemerahan dengan pengambilan Vitamin B, ejen yang membuka saluran darah secara semula jadi. Apabila niasin dimakan atau disapu pada kulit, ia meningkatkan peredaran darah dan oksigen yang menghasilkan sedikit tona kemerahan. Dapatkan sumbernya daripada tuna dan ayam (sasarkan 113 gram setiap hari), sayuran seperti asparagus, cendawan dan tomato (secawan mencukupi) atau kacang tanah (kunyah suku cawan).
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 LOKASI TEMPAH ‘SUIT’ CUSTOM TERBAIK SEKITAR KUALA LUMPUR
Tingkatkan karisma anda dengan sut yang sempurna. Terokai 5 lokasi tempahan 'suit' custom terbaik di Kuala Lumpur untuk gaya versatil.
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL
Miranda Priestly kembali! Adakah taringnya masih tajam berdepan serangan influencer? Baca ulasan eksklusif The Devil Wears Prada 2 di sini.
MENGENANG JALIL HAMID, DARI KOMEDI SATIRA KE DRAMA JIWA
Terokai perjalanan seni Jalil Hamid daripada ikon satira sehingga menjadi pengemudi drama jiwa. Kupasan kredibiliti seniman legenda ini.
EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA
Teroka evolusi seni Aedy Ashraf daripada bintang cilik Tentang Bulan sehingga menjadi penerbit filem aksi Tarung di sini.
5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS
Terokai 5 Instagram Post Hakimi Noordin yang mencetuskan fenomena kecergasan di Malaysia. Dari kekuatan mental ke transformasi realistik.
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.











