Skip to content

12 STAIL BERPASANGAN TERBAIK DI MET GALA 2024

12 STAIL BERPASANGAN TERBAIK DI MET GALA 2024

Kongsikan artikel ini

Acara Met Gala 2024 berlangsung meriah dengan kehadiran bintang dalam persalinan memukau mata.

Mendapat jolokan ‘Oscars of fashion’, ia merupakan acara mengumpul dana buat Costume Institute atau secara rasminya dikenali sebagai The Anna Wintour Costume Center — sempena nama Ketua Pengarang Vogue yang menjadi ahli pengerusi gala sejak 1995. Setiap tahun acara itu menghimpunkan nama-nama terbesar dalam industri muzik, filem, TV dan fesyen.

Met Gala 2024 mengangkat tema ‘Sleeping Beauties: Reawakening Fashion’ dengan kod pakaian ‘The Garden of Time’. Ia diinspirasikan oleh cerpen nukilan J.G. Ballard pada 1962 dengan judul sama. Kisah ini menyusuri kehidupan Count dan Countess yang dikelilingi kelapangan, kesenian dan kecantikan. Bagaimanapun ketika kumpulan perusuh menyerang, Count harus memetik bunga pengundur masa dari tamannya sehingga tiada yang tersisa.

Seperti dijangka, para hadirin muncul dalam persalinan mewah dengan elemen tekstur, perincian bunga, kilauan dan dramatik. Antara yang mencuri tumpuan adalah Bad Bunny, Zendaya, Stray Kids, Colman Domingo dan Tyla.

Lihat pula fesyen pasangan selebriti yang memukau di Met Gala tahun ini

Chris Hemsworth & Elsa Pataky

Elsa Pataky in Gold Gown and Chris Hemsworth in Cream Suit on the Met Gala 2024 Red Carpet

 

Barry Keoghan & Sabrina Carpenter

Met Gala 2024

 

Chase Stokes & Kelsea Ballerini

 

Gabrielle Union & Dwyane Wade

 

Keith Urban & Nicole Kidman

Met Gala 2024

 

Matt Damon & Luciana Damon

 

Alexander Dreymon & Allison Williams

Met Gala 2024

 

Dove Cameron & Damiano David

 

Jessica Serfaty Michel & Leonardo Del Vecchio

 

Adrien Brody & Georgina Chapman

 

Kiernan Culkin & Jazz Charton

 

Eddie Redmayne & Hannah Bagshawe

 

Foto: The Express Tribune/Getty Images

Pautan berkaitan: FESYEN BERPASANGAN TERBAIK DI ANUGERAH GRAMMY 2024