15 SEGAK & ANGGUN DI BAFTA FILM AWARDS 2024 PILIHAN GLAM LELAKI
BAFTA Film Awards yang berlangsung di Royal Festival Hall, London baru-baru ini meriah dengan kehadiran bintang ternama.
Dihoskan oleh David Tennat, karpet merah tahun ini hangat dengan kehadiran selebriti dalam gaya segak dan anggun yang mencuri perhatian lensa kamera. Sesetengahnya tampil memukau dalam persalinan berkilauan manakala yang lain memilih cut-out seksi dan perincian bulu.
Lihat stail terbaik bintang Hollywood di BAFTA Film Awards ke-77
Ryan Gosling tampil serba putih dalam sut Gucci.
Florence Pugh berkilauan dalam gaun Harris Reed yang dipadankan bersama barang kemas Boucheron Jewellery.
Barry Keoghan menggayakan sut Burberry di karpet merah BAFTA Film Awards.
Margot Robbie memukau hadirin dalam gaun Giorgio Armani Privé.
Colman Domingo terus mencuri perhatian di karpet merah. Kali ini dia menggayakan sut daripada Boss.
Lily Collins menggayakan gaun Tamara Ralph FW23 Couture bersama perincian bunga di dada dan lengan.
Paul Mescal memadankan sut hitam Gucci bersama kemeja-T putih.
Emma Stone bersinar bagaikan mentari dalam gaun jingga Louis Vuitton.
Bradley Cooper kelihatan segak di karpet merah dalam sut labuh rona hitam.
Dua Lipa persis bidadari dalam gaun merah Valentino bersama barang kemas Tiffany & Co.
Rami Malek muncul di karpet merah menggayakan persalinan Zegna bertemakan rona biru dan hitam.
Taylor Russell anggun dalam gaun Loewe berperincian bulu rona putih.
Cillian Murphy tampil ringkas namun mencuri perhatian dalam persalinan serba hitam Zegna.
Emily Blunt memilih gaun anggun sarat manik daripada Elie Saab SS24 Couture.
Callum Turner kacak bergaya dalam sut hitam Burberry.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: FESYEN SELEBRITI DI TAYANGAN PERDANA DUNE: PART TWO
Tags
Artikel Yang Berkaitan
FESYEN LELAKI PALING MENCURI PERHATIAN DI TIME100 NEXT GALA 2024
Selain acara itu sendiri, turut mencuri tumpuan tentunya momen fesyen selebriti di karpet merah.
STAIL SELEBRITI DI KARPET MERAH TAYANGAN PERDANA WOLFS
TCL Chinese Theater, Los Angeles menyaksikan kehadiran barisan pelakon dan tetamu untuk tayangan filem terbaru, Wolfs pada 19 September lalu.
FESYEN SELEBRITI LELAKI DI KARPET MERAH MTV VMA 2024
MTV Video Music Awards 2024 berlangsung meriah dengan kehadiran selebriti dalam persalinan bergaya dan memukau mata.
MOMEN FESYEN BINTANG THE UNION DI KARPET MERAH TAYANGAN PERDANA
Tayangan perdana The Union yang berlangsung di Los Angeles meriah dengan kehadiran barisan pelakon dalam persalinan bergaya.
GAYA BINTANG BORDERLANDS DI KARPET MERAH TAYANGAN PERDANA
Sesi bertemu peminat dan tayangan perdana Borderlands di Los Angeles meriah dengan kehadiran barisan pelakon dalam persalinan bergaya.
STAIL TERBAIK DI KARPET MERAH FESTIVAL FILEM CANNES 2024
Acara ekstravaganza, Festival Filem Cannes kebiasaannya menampilkan antara detik fesyen gah dan terbaik sepanjang tahun.