Skip to content

PERATURAN UTAMA PEMAKAIAN KEMEJA T BERGRAFIK

Kongsikan artikel ini

Kemeja T yang plain, atau hanya mempunyai satu-satu warna sahaja mungkin agak bosan bukan! Fesyen adalah satu eksperimen. Sekiranya anda memakai kemeja T  kosong setiap hari, apa kata anda cuba untuk menggayakan yang bergrafik pula. Ya, mungkin bukan semua lelaki sukakan kemeja T bergrafik tetapi ramai di antara anda yang menjadikan gaya ini ‘pakaian’ harian anda. Jadi, anda perlu untuk memastikan pemakaian anda benar-benar tepat agar tiada yang memandang sinis nanti. Oleh itu, GL senaraikan 3 peraturan utama pemakaian kemeja T bergrafik.

6e64f006ba8b05d2df52f23bf53b7d84

1.PILIH GRAFIK YANG KENA DENGAN PERSONALITI ANDA

Di pasaran, banyak kemeja T yang menawarkan pelbagai grafik yang boleh anda ‘pasangkan’ dengan attitude dan personaliti anda. Jika anda gemarkan gaya rock n roll, pilih grafik yang ke arah itu. Logo-logo rock band ataupun grafik alatan dan ritma muzik juga memberi inspirasi. Sekiranya anda seorang yang kasual serta nerdy, grafik kaca artwork cukup kena dengan anda. Pastikan juga grafik yang dipilih tidak berlebihan!

21men-white-brooklyn-graphic-tee-product-1-21625354-2-576586881-normalcamiseta-guns-and-roses

2. USIA MAIN PERANAN PENTING

Oklah, pemakaian kemeja T datang dengan risiko tertentu, kerana tidak semua sesuai mengayakannya. Untuk lelaki yang berumur 30-an dan ke atas, pemakain kemeja T bergrafik akan membuatkan anda kelihatan tidak matang. Namun, anda masih boleh memakainya namun perlulah pilih pilih corak yang solid seperti jalur atau petak. Selain itu, anda boleh menyarungkan blazer atau bikers jacket di luar badan agar anda nampak padan dengan usia namun tetap bergaya.

35762bfa535e133473cf4b5df6195996

41b0f2d2d7da357bd70d02d645618011

3. MINIMAKAN AKSESORI

Pemakaian kemeja T bergrafik sering kali agak heavy kerana grafik berkenaan. Oleh itu, untuk keseluruhan gaya anda dinasihatkan agar mengurangkan aksesori lain yang turut memiliki corak grafik seperti cermin mata, seluar dan kasut. Nasihat kami, pasangkan dengan aksesori yang kosong agar gaya anda lebih seimbang dan tidak kelihatan berlebihan.

image

y-3-camouflage-graphic-camo-track-pants-product-1-688027777-normal

Oleh Wan Mohd Firdaus, 21 Februari 2017

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LOCAL BEAUTY: 5 JENAMA SKINCARE MADE IN MALAYSIA

Bacaan Lanjut

NAZIFI NASRI: MINIMALIS, MODERN, & MADE IN MALAYSIA

Bacaan Lanjut
LIMA TIPS PENGGAYAAN FESYEN ALA KABILAN JELEVAN

LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN

Bacaan Lanjut
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

Bacaan Lanjut
KIT WOO KLFW 2026: EKSPLORASI FALSAFAH "NOTHING IS FINISHED"

KIT WOO: EKSPLORASI FALSAFAH “NOTHING IS FINISHED”

Bacaan Lanjut
5 ELEVATED PANTS UNTUK NAIKKAN TARAF ALMARI ANDA

5 ELEVATED PANTS UNTUK NAIKKAN TARAF ALMARI ANDA

Bacaan Lanjut