BYEON WOO SEOK DILANTIK SEBAGAI DUTA JENAMA PRADA BAHARU
Tuah menyebelahi Byeon Woo Seok tahun ini dengan kejayaan siri hit Lovely Runner yang memikat hati penonton. Namun ia belum berakhir.
Baru-baru ini model dan aktor itu diangkat pula menjadi duta rumah fesyen mewah Itali, Prada. Khabar itu diumumkan di akaun Instagram Prada yang memuat naik foto Byeon menggayakan sut rona hitam bersama kemeja berwarna biru muda.
“Prada dengan rasa suka cita mengumumkan Byeon Wooseok, pelakon Korea, sebagai duta jenama Prada,” tulis jenama itu di ruangan kapsyen.
Bintang berusia 33 tahun ini terkenal dengan bakat lakonannya yang luar biasa. Selain menjadi teraju utama dalam Lovely Runner, dia turut membuat kemunculan istimewa dalam drama No Gain, No Love yang disiarkan pada Ogos lalu.
Sebelum ini Byeon pernah membintangi siri Record of Youth dan Strong Girl Namsoon serta filem percintaan penuh emosi, 20th Century Girl.
Dunia Fesyen Cinta Terbaru Byeon Woo Seok
Byeon sememangnya tidak asing lagi dalam keluarga Prada. Jun lalu dia menghadiri pertunjukan fesyen pakaian lelaki Musim Bunga/Panas 2025 jenama ini yang berlangsung di kota Milan.
Kelibatnya dirakam menggayakan baju sejuk bersama kemeja-T rona putih dan tali leher. Tali pinggang empat segi bergaya melengkapkan penampilannya.
Dengan pengumuman Byeon, Prada menambah seorang lagi ke dalam senarai duta jenamanya yang terkenal. Bintang lain yang turut bergelar ahli keluarga Prada termasuk idola K-Pop Enhypen, Jaehyun NCT, Karina Aespa, pelakon Thailand Win Metawin, pelakon Britain Louis Partridge, serta pelakon Hollywood Maya Hawke, Kelvin Harrison Jr dan ramai lagi.
Dengan peranan baru sebagai duta, Byeon dijangka menghadiri lebih banyak pertunjukan fesyen, membintangi pelbagai kempen dan menggayakan penampilan baru. Jadi nantikan!
Foto: Prada
Pautan berkaitan: STRAY KIDS KINI DUTA ASIA TOMMY HILFIGER
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KENALI BYEON WOO SEOK, AKTOR LOVELY RUNNER YANG KINI MENJADI KEGILAAN
Byeon Woo Seok bukanlah wajah baru dalam industri hiburan Korea tetapi nampaknya 2024 adalah tahun untuknya bersinar.
LEE JUNG JAE BAKAL RAIH STATUS AKTOR K-DRAMA TERMAHAL MENERUSI SQUID GAME 2
Lee Jung Jae bakal menjadi pelakon dengan bayaran tertinggi di Korea Selatan jika permintaan gajinya dipersetujui Netflix.