CHRISTINNA KUAN, HUN HAQEEM & GUESS
Content creator, Christinna Kuan dan pelakon, Hun Haqeem berlegar dalam ruang galeri seni ‘Sareng Gallery’ dalam persalinan ‘head to toe’ GUESS. Mereka menggayakan koleksi musim panas 2023 yang mengadaptasi motif dan siluet musim panas pada desain koleksi sedia pakai dan aksesori.
Christinna Kuan, atau lebih dikenali sebagai ‘Ms Kuan’ merupakan seorang yang mencintai bidang hiburan. Minatnya terhadap bidang hiburan, seperti muzik dan fesyen telah tercetus sejak di bangku sekolah lagi. Alam persekolahan menjadi batu loncatan kepada kerjaya Christinna dalam fesyen, kecantikan dan pengaruh media sosial. Pada usia hanya 25 tahun, ‘Ms Kuan’ kini telah memperoleh lebih 665,000 pengikut di Instagram, serta lebih daripada 70,000 pengikut di YouTube.
Menyentuh perihal fesyen, Christinna pernah berkongsi nama-nama yang menginspirasinya kala bergaya. Seperti Chriselle Lim, Chiara Ferragni dan Molly Chiang. Dari aspek fesyen dan penciptaan kandungan khasnya.

Identiti gaya GUESS yang terkadang vibrant, menggoda dan relaks, menepati stail peribadi Christinna. Memberi peluang Christinna untuk bereksperimen variasi stail. Dan baru-baru ini, GUESS banyak mengambil inspirasi fesyen mulai dari tahun ‘90-an hingga saat ini. Koleksi GUESS direka kemas, versatil dan stylish-sempurna untuk golongan fesyen masa kini, terdiri dari misalnya, tas tangan, beg kembara, pakaian aktif dan jam tangan yang ‘wearable’ dan dihiasi beberapa logo GUESS yang ikonik dari tahun ke tahun.
Jenama asal Amerika ini yakin bahawa banyak penggemar fesyen yang akan menyukai koleksi musim ini. Terdapat juga rekaan bernuansa ‘throwback’, seperti helaian denim yang mengambil ilham fesyen sekitar era ‘90-an dan ‘2000-an. Yang mana setiap rekaan hadir dalam fit berbeza, namun dapat dipadu padankan dengan pelbagai trik fesyen serta sandingan tas tangan terbaru. Dengan ‘update’ gaya lebih segar dan kekinian.
Sempena koleksi baru, GUESS hadirkan himpunan tas tangan penuh dengan warna dan menyempurnakan gaya di musim panas ini. Selalu mempersembahkan sesuatu tampilan yang berbeza dan memberikan sesuatu yang menarik di setiap musimnya.
Christinna terlihat chic dan bergaya membawa tas tangan Velina Hobo rona jingga terang, dengan rekaan bernuansa klasik dan diramal akan menjadi trend di musim panas 2023. Tas dengan pemegang kukuh dengan balutan satin, serta siluet melengkung, memberi opsyen menarik terhadap himpunan aksesori GUESS.


Tambah bergaya apabila Christinna memadankan tas Velina Hobo dengan perpaduan gaya dress koktel motif flora. Memberi idea gaya musim panas yang terbaik, misalnya menghadiri summer party di taman bersama teman-teman. Tentu sahaja dalam penggayaan tersebut, rasa ingin sekali mengambil gambar OOTD untuk dikongsikan kepada pengikut Instagram Christinna.
Usah bataskan pemakaian dress koktel itu, sebagai cadangan GLAM lagi, Christinna boleh sahaja memakainya ke acara-acara lain sepanjang musim panas.
Padanan motif flora diinjeksikan potongan ketat, hadir glamor lewat material dasar sutera yang tampil menggoda. Uniknya, GUESS membuktikan bahawa referensi gaya tersebut sesuai dipadankan dengan sepasang sandal mahupun sepatu tinggi bertali.
Terdapat opsyen gaya menarik lain, ditawarkan dalam beberapa perpaduan gaya dan bentuk. Mulai dari ‘handbag’ yang diciptakan penuh dengan gaya dan desain eksklusif, oversized totes, beg silang mini dan beg bahu yang memunculkan pelbagai pola desain yang menyeronokkan.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI
Tujuh individu dengan karakter dan kekuatan berbeza bertemu membentuk nama hangat dalam muzik tempatan kini. ALPHA dianggotai Daniel Sher, Izat Ibrahim, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Ray-D, Araff dan Afiq Sky. Mereka membuktikan bahawa kerja keras, keserasian, dan keberanian untuk mencuba adalah rentak sebenar dalam merealisasi objektif seni mereka.
7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA
Hyrox terus memegang industri senaman global, membuktikan kerelevenannya buat lelaki moden kini.
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba.
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?
MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA
Ketahui 5 sambutan September di Malaysia yang bakal memeriahkan bulan ini, daripada Hari Malaysia hingga festival seni, makanan dan budaya.
APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI
Kenali 5 pereka dalaman lokal Malaysia yang mencipta ruang penuh karakter, daripada gaya minimal hingga mewah, moden dan dekat dengan alam.











