COACH x TOM WESSELMANN, MERAIKAN KARYA ARTIS POP TERNAMA
COACH HADIRKAN SATU LAGI KOLEKSI BAHARU SEMPENA MUSIM BARU. COACH X TOM WESSELMANN MENAMPILKAN KEMPEN HASIL BIDIKAN JUERGEN TELLER YANG DIBINTANGI WAJAH-WAJAH SEMASA, HARI NEF, KAI-ISAIAH JAMAL DAN MANAMI KINOSHITA.
Sesuatu yang istimewa dihadirkan oleh Coach untuk musim baru. Coach x Tom Wesselmann, yang menampilkan wajah-wajah semasa seperti Hari Nef, Kai-Isaiah Jamal dan Manami Kinoshita untuk kempen globalnya. Menggunakan khidmat jurugambar Juergen Teller.

Diilhamkan oleh semangat optimis, bernada playful yang dikongsi oleh Coach bersama artis pop Amerika, koleksi ini menampilkan karya seni Wesselmann pada beg ikonik Coach, seperti beg Rogue dan Duffle dan jaket shearling, meraikan rumah dan warisan bersama artis seni mengenai warisan dan budaya pop Amerika.
Koleksi ini juga mengilhami tema keseronokan dalam karya Wesselmann, menampilkan motif grafik ragam warna, termasuk lakaran bibir, bunga dan sebagainya. Terhias indah pada cetakan jacquard Coach dan kulit Glovetanned dengan cetakan dan sulaman dengan labuci. Bagi menyempurnakan koleksi ini, Pengarah Kreatif Coach, Stuart Vevers bekerjasama secara rapat dengan keluarga artis.
Kempen ini memaparkan kreativiti dalam dunia Wesselmann. Yang terkenal dengan warna-warna ‘vibrant’ dan objek-objek harian yang berganda saiznya, merujuk kepada pendekatan Wesselmann terhadap karya berskala.


Kempen filem yang dihasilkan cukup menarik. Selain menampilkan beg-beg utama, kita juga dapat mengenali Wesselmann dengan lebih mendalam. Kerana terdapat puisi ciptaan Jamal yang dibacakan dalam kempen, yang mana penulisan puisi tersebut mengambil kerja-kerja seni Wesselmann sebagai inspirasi.
Kempen ini juga dilanjutkan dengan pengalaman digital menatik. Pengguna boleh meneroka dan mendekati koleksi, juga bermain dengan pelbagai aplikasi menarik. Siri “EduToks” di TikTok pula disiarkan untuk membincangkan kehidupan dan kerja-kerja Wesselmann. Koleksi ini bakal hadir di Malaysia bermula 7 Julai 2022.
Artikel berkaitan: COACH LANCARKAN “WITH FRIENDS”, DIALOG POSITIF BERSAMA SAHABAT
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ANAABU, MINIMALIS TAPI BERKARAKTER
ANAABU mengangkat gaya minimalis lelaki dengan rekaan ringkas, moden dan penuh karakter untuk penampilan yang lebih versatil.
AINA ABDUL CURI PERHATIAN PEMINAT ANTARABANGSA, MALAYSIA DIRAMAL TEMBUS TOP 3 EUROVISION ASIA 2026?
Aina Abdul bakal mewakili Malaysia ke Eurovision Asia 2026, dengan peminat antarabangsa meramalkan Malaysia mampu menembusi Top 3.
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
PARK JI HOON X SUPERDRY, SATU KOLABORASI, SERIBU TARIKAN
PARK JI HOON X SUPERDRY memperkenalkan koleksi edisi terhad di Malaysia, menggabungkan fesyen jalanan dengan pengalaman buat peminat.
GAYA, KERJAYA DAN IMPIAN DARYL TAN
Daryl Tan berkongsi inspirasi fesyen vintaj, pengalaman kerjaya serta impian besar yang ingin dicapai sebelum mencecah usia 30 tahun.
ADZIM HARIZ, GAYA BERSAHAJA KREATIVITI LUAR BIASA
Adzim Hariz berkongsi perjalanan sebagai content creator, inspirasi dan gaya peribadi yang mencerminkan keaslian serta identiti tersendiri.











