Skip to content

DIOR HADIRKAN KOLEKSI KAPSUL CD 1947

Kongsikan artikel ini

IDEA KREATIF KIM JONES SENTIASA BERKEMBANG. MUSIM INI, MENGHADIRKAN PULA KOLEKSI KAPSUL CD 1947. MEMUNCULKAN REKAAN EKSKLUSIF KOLABORASI BERSAMA BIRKENSTOCK. MENCURI PERHATIAN PARA PENGGEMAR FESYEN STREETWEAR KHUSUSNYA. 

Dior melancarkan koleksi kapsul, CD 1947, meraikan penyatuan idea kreatif antara Kim Jones dan legasi cemerlang Monsieur Dior. Diilhamkan oleh kecintaan Monsieur Dior terhadap alam semula jadi dan taman indah, ciptaan dipertegaskan dengan konsep pakaian sukan dan material perdana dari aspek teknikal, sesuai untuk pemakaian kala beraktiviti luar. 

Kanvas tebal dan pola gaya kait bergabung siluet moden yang menyerlahkan keanggunan dan semangat minimalis. Helaian kemeja T, kemeja, baju sejuk dan seluar pendek bermuda tersedia dalam palet warna lembut dan menonjol, daripada nuansa biru muda hingga kuning air, termasuk Dior Grey, warna yang menjadi identiti rumah fesyen Dior. 

Rangkaian CD 1947, yang mana nama koleksi diambil daripada “Christian Dior” dan “1947”-merupakan tahun pertama pertunjukan fesyen Dior dianjurkan. Rekaan yang terkandung adalah seperti aksesori fesyen dan koleksi pakaian sedia pakai. Aksesori terhangat yang menjadi pilihan GLAM Lelaki, seperti bandana, tali pinggang dan sniker B27, diolah semula dengan warna mengikut nada koleksi, dihiasi dengan simbol, juga disulam pada beg Saddle dan Dior Lingot 50. Koleksi ini ditujukan untuk setiap lelaki yang jiwanya bebas dan punya karakter diri yang kuat. Siluet pada aksesori membangkitkan konsep yang kuat dan sangat berkarakter. 

Selain aksesori fesyen, Dior turut memuatkan alat-alat berkebun yang cukup eksklusif penciptaanya. Menguatkan lagi hobi suka berkebun Monsieur Dior yang secara nyata menyuntik inspirasi terbesar. 

Artikel berkaitan: GROOMING BELAKANG PENTAS DIOR SUMMER 2022

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BAYU SOMERSET merdeka 118

DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118

Bacaan Lanjut

KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN

Bacaan Lanjut

SUDAH DIBUKA! 118 MALL MENJADI TARIKAN BAHARU KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut

PARK JI HOON X SUPERDRY, SATU KOLABORASI, SERIBU TARIKAN

Bacaan Lanjut

GAYA, KERJAYA DAN IMPIAN DARYL TAN

Bacaan Lanjut

ADZIM HARIZ, GAYA BERSAHAJA KREATIVITI LUAR BIASA

Bacaan Lanjut