ECCO MERAIKAN 7 TAHUN KOLEKSI SOFT 7 BERSAMA BE@RBRICK DAN KRISTJANA WILLIAMS
Dalam meraikan kempen #WHENYOUKNOWYOUKNOW terbaharu, ECCO terus menyinari kejayaan koleksi SOFT 7 yang popular bersama patung beruang ikonik, BE@RBRICK serta kolaborasi bersama artis seni Iceland, Kristjana Williams.
Sejak dilancarkan pada 2015, ECCO SOFT 7 terus menjadi pilihan ramai sebagai kegemaran peminat kasut dari seluruh dunia. Koleksi sniker ini terkenal dengan sisi versatil dan keselesaan yang maksima. Dalam meraikan ulang tahun ke-7 koleksi SOFT 7 yang popular ini, ECCO melancarkan kempen #WHENYOUKNOWYOUKNOW yang bertujuan untuk menggalakkan mereka yang masih belum mencuba kasut ini agar mengetahui mengapa sepasang SOFT 7 telah terjual setiap 2.5 minit sejak tujuh tahun lalu.
ECCO SOFT 7 adalah kasut sport klasik yang sempurna untuk lelaki moden dan aktif yang mahukan gaya lebih sporty. Ia menjanjikan fungsi dan kualiti, serta keselesaan yang sinonim dengan label kasut premium dari Denmark ini. Mudah dipadankan, sama ada bersama seluar denim untuk gaya lebih kasual, ataupun bersama celana formal untuk melangkah ke pejabat. Selesa dan kekal bergaya sepanjang hari, dalam pilihan warna Night Sky, Black dan Coffee/Whiskey.
Desain Kolaborasi Istimewa ECCO SOFT 7 Bersama Kristjana Williams
Menampilkan material kulit super-SOFT premium dan inovasi ECCO FLUIDFORM™ Direct Comfort Technology, ECCO SOFT 7 sentiasa hadir dalam stail terbaharu yang penuh gaya saban musim, seperti desain kolaborasi istimewa musim ini yang dihasilkan oleh artis terkenal dari Iceland, Kristjana Williams.
Kristjana Williams merupakan artis yang cukup berbakat, kini karyanya dipamerkan di Victoria & Albert Museum di kota London bersempena pameran Alice Wonderland. Terkenal dengan karya seni inpisrasi alam sekitar, Kristjana menggunakan teknik unik dengan melapiskan paten botanical secara digital dan juga fizikal, dalam menggabungkan sisi moden dalam unsur alam untuk menghargai lanskap indah yang simetri di sekeliling.
Dengan bakat dan stail yang tersendiri menjadikan Kristjana selaku pilihan yang terbaik oleh ECCO untuk berkolaborasi bersama. Inspirasi daripada suasana yang tenang dan nyaman Danish “Harvest Table” dan “Winter Garden”, Kristjana menghasilkan cetak eksklusif yang menjadi asas kepada koleksi ECCO SOFT 7 untuk musim luruh/sejuk 2022.
EDTION ECCO X BE@BRICK 100%!
Bermula 12 September 2022, setiap pembelian sepasang sniker ECCO SOFT 7 peminat akan berpeluang untuk mendapatkan ECCO x BE@RBRICK 100% edisi terhad, selagi stok masih ada. Desain patung beruang ikonik Made In Japan ini ‘7’ hadir dalam ton perak metalik dengan logo ECCO yang dicetak di atas badan patung.
Koleksi ECCO SOFT 7 boleh didapati pada harga RM769.00 bermula 1 September 2022 secara atas talian melalui my.ecco.com
Foto: ECCO Malaysia
Baca lebih lanjut:
Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE KAISER 1000% BE@RBRICK, KOLABORASI TERAKHIR KARL LAGERFELD
Kolaborasi terakhir pereka fesyen ikonik, Karl Lagerfeld bersama BE@RBRICK, patung edisi terhad The Kaiser 1000% BE@RBRICK boleh didapati melalui Archi Luxury Group di Malaysia.