EVOLUSI STAIL JUSTIN TIMBERLAKE: DARI BOY BAND KE SUIT & TIE
Semalam (hari ini waktu antarabangsa), tanggal 31 Januari merupakan hari kelahiran yang ke-36 bintang pop sensasi dan bekas ahli kumpulan NSYNC, Justin Randall Timberlake atau lebih dikenali dengan Justin Timberlake. Beberapa tahun kebelakangan ini merupakan tahun cemerlang buatnya.
Memegang beberapa watak dalam filem blokbuster seperti The Social Network, Friends With Benefits dan In Time, album platinum The 50/50 Experience, serta yang terbaru single hit Can’t Stop The Feeling dan beberapa projek besar lain, standard Justin dilihat kian unggul dan dilihat melepasi ‘piawaian’ sangkaan Hollywood. Looking over these years, GL menyusuri evolusi stail peribadinya yang dilihat semakin tampil kacak serta bergaya merentasi usia.
DARI DENIM HEAD TO TOE KE SUIT & TIE
Masih ingat suatu ketika dulu Justin Timberlake pernah berpasangan bersama seorang lagi bintang sensasi pop Disney, tidak lain dan tidak bukan Britney Spears. Mereka hadir berdua dalam majlis anugerah American Music Awards 2001 di mana mereka memakai padanan head-to-toe denim yang membuatkan ramai yang mengata dan meragui keseluruhan gaya. Dengan rambut seakan mee segera ternyata gaya peribadinya itu dikecam ramai. Apatah lagi ia seolah satu statement menyatakan mereka berdua adalah ‘couple’, keduanya percaya ia adalah stail yang ‘in’. GL percaya stail dan imej boy band pada era itu membuatkan Justin tidak takut untuk mengenakan apa saja gaya asalkan selesa dan sedap di mata.

Gaya head-to-toe denim Justin Timberlake dan Britney Spears yang pernah menggegarkan industri fesyen ketika itu.
Time to time, GLAM Lelaki sendiri dapat melihat bagaimana evolusi stailnya berubah mengikut peredaran usianya. He totally gets better with age. Justin sudah mula bijak bergaya selepas berkolaborasi bersama pereka fesyen ternama Tom Ford. Tambahan pula, pada tahun 2014 di awal kerjasama itu, Justin melancarkan album keduanya dan Suit & Tie adalah single pertama beliau. Seakan refleksi akan kematangan dirinya dalam Hollywood, Justin berjaya berubah menjadi ikon rebutan dalam industri fesyen lelaki.
INSPIRASI TOM FORD
Evolusi gaya JT tidak berpusar pada penampilan peribadi tetapi juga dalam bisnes fesyen khususnya. Melancarkan clothing line sendiri diberi nama William Rast, Justin Timberlake terus dilihat tampil bergaya termasuk menjalinkan kerjasama kreatif bersama Ford dalam rekaan pakaian lelaki waktu malam serta banyak lagi, sehinggalah beliau dinobatkan sebagai pemenang GQ‘s Most Stylish Man in America pada tahun 2009. Wow!
Dan kini di usianya yang sudah mencecah 30-an, JT dilihat telah ‘mengasingkan’ imej lapuk boy band kepada imej pemakaian yang lebih matang dan bersederhana. Ini dapat dilihat sewaktu dari masa santai beliau di Cannes hinggalah ketika sesi outing bersama isteri, Jessica Biel di laluan utama kotaraya Hollywood.
Keseluruhan gaya JT berubah dari zaman muda hingga kini adalah dek hasil sentuhan Tom Ford sebagai grooming master yang berjaya mentransformasikan beliau dari imej pop star ke high fashion superstar. Well done JT! We salute you.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 1 Februari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN ‘STYLE EQUITY’ TERTINGGI 2026
Cari jam tangan mewah pelaburan terbaik 2026. Terokai 5 jam tangan mewah yang menawarkan Style Equity tinggi untuk gaya maskulin moden.
BARISAN BINTANG THAI YANG WAJIB ANDA KENALI SEKARANG
Kenali barisan pelakon lelaki Thai paling berpengaruh yang kini merajai pentas fesyen global. Ketahui ikon kegemaran jenama mewah di sini.
5 JENAMA KASUT LOKAL & ANTARABANGSA MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI KINI
Ketahui 5 jenama kasut penentu trend fesyen lelaki moden 2026. Sempurnakan padanan gaya urban dengan pilihan siluet berimpak tinggi.
5 SELEBRITI A-LIST PILIHAN DI BARIS HADAPAN PRADA SS27
Dari Pond Naravit hingga Jaafar Jackson, saksikan 5 gaya selebriti A-list terbaik di baris hadapan Prada Menswear.
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
















