Skip to content

FENDI X ARENA, HANGATKAN FESYEN MUSIM BUNGA 2022

FENDI X ARENA, HANGATKAN FESYEN MUSIM BUNGA 2022

Kongsikan artikel ini

KOLEKSI KAPSUL INI SIAP MENUNJANG PENAMPILAN ANDA KALA BERAKTIVITI AIR SELAMA MASA SENGGANG ATAU LIBURAN. FENDI X ARENA BOLEH DIDAPATI BERMULA JANUARI 2022. 

‘Update’ terkini bagi para pencinta fesyen yang hobinya beraktiviti air, misalnya renang. Kerana label mewah asal Itali, FENDI, telah merelevansi koleksi kapsul bersama jenama ARENA. Satu jenama gaya hidup yang akrab dengan perkakas dan aksesori aktiviti renang khasnya, lantas menguatkan lagi pengaruh sukan dalam bidang fesyen.

Terbukti, aspek sukan masih didambakan dan pengaruhnya hadir tanpa batas dengan butiran mewah yang menonjolkan integrasi fesyen dan sukan. 

Dipersembahkan sewaktu pementasan musim bunga/panas 2022, terdapat dua aksesori diperkenalkan, yakni topi renang dan google renang. Kedua-duanya terhasil dari koleksi kolaborasi antara FENDI dan ARENA. Kit renang edisi terhad meraikan kreativiti, stail dan teknologi dua peneraju dalam bidang sukan dan fesyen yang mewah. 

Kolaborasi ini menggabungkan siluet ARENA yang sangat didambakan dan kesempurnaan dengan butiran mewah FENDI. Topi renang diperbuat daripada Lycra dan menampilkan logo FF klasik, menjamin pengalaman berenang yang selesa dan menawarkan perlindungan, prestasi dan bergaya saatnya beraktiviti air. 

Google renang edisi terhad dikembangkan daripada model The One ARENA, produk terlaris jenama itu, turut menampilkan logo FF yang menonjol dipaparkan pada kanta cermin polikarbonat khusus. Yang direka dengan kemahiran Thélios’. Reka bentuk google direka dengan jaminan mengikut kesesuaian bentuk muka setiap perenang. Kerana ia dilengkapi dengan spesifikasi gasket yang eksklusif. Melalui kajian muka manusia dan orbit mata. Turut membolehkan pemakai melaraskan ‘nose bridge’ dan tali google mengikut keselesaan sendiri, dikemaskan dengan pengedap TPR. 

Melengkapi lagi kit, FENDI dan ARENA mencipta bekas khusus untuk menyimpan dua aksesori renang tersebut. Menyediakan perlindungan menyeluruh untuk google renang, juga menampilkan logo jenama. Terdapat cangkuk pada bekas bagi memudahkan ia dibawa, nyatanya suatu rekaan yang praktikal. 

#FENDI

Artikel berkaitan: ENERGI SENI, ‘SPIRITED AWAY’ DI KOLEKSI KAPSUL LOEWE

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

Bacaan Lanjut
KIT WOO KLFW 2026: EKSPLORASI FALSAFAH "NOTHING IS FINISHED"

KIT WOO: EKSPLORASI FALSAFAH “NOTHING IS FINISHED”

Bacaan Lanjut

5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA

Bacaan Lanjut
5 ELEVATED PANTS UNTUK NAIKKAN TARAF ALMARI ANDA

5 ELEVATED PANTS UNTUK NAIKKAN TARAF ALMARI ANDA

Bacaan Lanjut
VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID

VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID

Bacaan Lanjut
BAGAIMANA KEJOHANAN PIALA DUNIA FIFA 2026 MEMBERI IMPAK KEPADA TREND FESYEN?

EMPAT TREND FESYEN PALING HANGAT SELEPAS FIFA WORLD CUP 2026

Bacaan Lanjut