GAYA HENRY GOLDING & BINTANG ANOTHER SIMPLE FAVOR DI ACARA TAYANGAN PERDANA
Filem sekuel yang ditunggu-tunggu, Another Simple Favor bakal menemui penonton tidak lama lagi.
Naskah terbaru arahan Paul Feig ini dibintangi oleh nama-nama besar Hollywood seperti Blake Lively, Anna Kendrick, Michelle Morrone, Bashir Salahuddin, Alex Newell dan Andrew Rannells. Tidak ketinggalan artis kelahiran Malaysia, Henry Golding yang menerajui filem pertama, A Simple Favor sebagai suami Emily Nelson lakonan Blake.
Baru-baru ini berlangsungnya acara tayangan perdana sempena SXSW Conference & Festivals di Austin, Texas, Amerika Syarikat. Bertempat di SXSW Film & TV Theater di The Hyatt Regency, barisan pelakon dan selebriti jemputan muncul di karpert mera dalam persalinan mewah lagi bergaya.
Filem komedi misteri ini mengisahkan tentang Stephanie Smothers (Anna Kendrik) yang sedang menuju ke pulau Capri untuk meraikan perkahwinan mewah Emily bersama usahawan Itali yang kaya-raya. Malangnya pembunuhan dan pengkhianatan muncul menjadi agenda utama.
Walaupun filem pertama ditayangkan di layar perak, sekuelnya hanya akan disiarkan menerusi platform penstriman Prime Video pada 1 Mei 2025.
Lihat stail bintang Another Simple Favor yang mencuri perhatian di karpet merah
Henry Golding
Blake Lively
Michelle Morrone
Anna Kendrick
Andrew Rannells
Taylor Ortega
Bashir Salahuddin
Elizabeth Perkins
Alex Newell
Joshua Satine
Aparna Nancherla
Pengarah Paul Feig
Foto: Just Jared/Getty Images
Pautan berkaitan: STAIL SELEBRITI DI KARPET MERAH TAYANGAN PERDANA THE ELECTRIC STATE
Tags
Artikel Yang Berkaitan
HENRY GOLDING TERAJUI FILEM SERAM PSIKOLOGI HEAD GAMES DI SAMPING SAMUEL L. JACKSON
Henry Golding menggalas watak utama sebagai pengintip korporat yang menyamar sebagai chef peribadi kepada bekas pengasas firma neuroprostetik.