GUCCI LES POMMES, HANGATKAN RASA CINTA
KOLEKSI GUCCI LES POMMES TERDAPAT KISAH MENARIK DISEBALIKNYA. BERTUJUAN MERAYAKAN CHINA VALENTINE’S DAY YANG BAKAL TIBA OGOS INI. SERANGKAIAN REKAAN DICIPTAKAN UNTUK MENJADI PILIHAN BAGI KELOMPOK YANG MENYUKAI GAYA SANTAI NAN VERSATIL.
Gucci merayakan festival Chinese Valentine’s Day untuk tahun 2021 dengan koleksi unik Gucci Les Pommes, yang merangkumi pakaian sedia pakai dan aksesori yang siap dihiasi dengan motif buah epal dan hati yang bersifat lucu dan romantis. Di China, 14 Ogos, hari ke-7 bulan ke-7 dalam tahun Lunar, dirayakan oleh para kekasih sebagai menghormati tradisi yang dikaitkan dengan Festival Qixi.

Ia berkisar tentang legenda percintaan antara Niulang dan Zhinu (Cowherd and Weaver Girl). Kisah ini menceritakan bagaimana cinta mereka dilarang, namun setiap tahun yang ke-7 pada tarikh ke-7 mereka dapat bersatu kembali hanya dalam satu hari.
Dengan itu, kempen khusus Gucci Les Pommes yang dirakam oleh Leslie Zhang dan diarahkan oleh Zhuzi, memaparkan kisah segolongan lelaki dan perempuan yang berjumpa secara tak disengaja dan disengaja berlokasi di Shanghai.
Istimewanya, watak-watak tersebut dibintangi oleh penyanyi dan anggota kumpulan WayV dan SuperM Lucas dan model China, Xiaowen Ju. Mereka dirakam memakai helaian Gucci Les Pommes, saat mereka berjalan dan beraktiviti sambil ditemani suasana bandar pada waktu malam. Keindahan pemandangan bandar diserlahkan lagi dengan pancaran lampu neon dan warna terang yang menyimbolkan semangat Gucci.
Himpunan lelaki nyata menawarkan sejumlah pakaian dan aksesori yang bersifat sukan dan praktikal, namun diperindahkan dengan motif buah epal dan hati. Menunjukkan sisi playful dan romantis untuk digayakan saat keluar berpacaran.



Helaian seperti tracksuit, kardigan, jaket bomber, jaket blouson dan kemeja T dihadirkan yang boleh bergaya sepadanan dengan teman wanita. Padanan kesemua ini bersama aksesori utama lelaki iaitu beg sandang, sniker dan topi bercorak tentunya untuk mencipta ragam gaya.
Stail yang beragam dengan cetakan buah epal dan hati, menyuntik kesegaran dalam variasi gaya, turut bergabung dengan logo Gucci atau pada permukaan monogram GG. Atau sebagai tampalan lencana pada helaian denim. Bermain dengan unsur ‘romanticism’ yang cukup kuat, sambil itu dapat meningkatkan penampilan, misalnya pabila bergaya santai atau berlibur.
Setiap rekaan berpadu dengan koleksi perhiasan dan aksesori yang dirancang secara rapi dan juga memenuhi permintaan pasaran semasa.
#GucciLesPommes
Artikel berkaitan: KEMPEN BULGARI SUMMER 2021, TERINSPIRASI DARI ROM
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 LOKASI TEMPAH ‘SUIT’ CUSTOM TERBAIK SEKITAR KUALA LUMPUR
Tingkatkan karisma anda dengan sut yang sempurna. Terokai 5 lokasi tempahan 'suit' custom terbaik di Kuala Lumpur untuk gaya versatil.
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL
Miranda Priestly kembali! Adakah taringnya masih tajam berdepan serangan influencer? Baca ulasan eksklusif The Devil Wears Prada 2 di sini.
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026
Terokai 10 gaya lelaki terbaik di Met Gala 2026 pilihan GLAM LELAKI. Temui inspirasi gaya avant-garde dan maskulin paling ikonik tahun ini.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA
Siapa bakal menguasai Arrakis? Robert Pattinson dan Timothée Chalamet bertembung dalam filem epik Dune: Messiah.
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL
Daripada estetika klasik asetat hingga impak berani Gentle Monster, serlahkan karisma anda dengan visi gaya paling segak di GLAM LELAKI.











