Skip to content

SCOTT RAIS & 1926 MONTBLANC HERITAGE

Kongsikan artikel ini
1 of 5

 

Mahu kekal bergaya tatkala mengembara? Berilhamkan gaya hidup si kelana urban, koleksi aksesori terbaru daripada Montblanc, yakni 1926 Montblanc Heritage, mengetengahkan fabrik kulit yang dirawat secara organik, melalui satu proses tanning kuno antara yang tertua di dunia.

Mesra alam dan stylish, koleksi ini sebati dengan jiwa juruterbang muda, Scott Rais. Berdarah kacukan Malaysia dan Scottish, pengembara berusia 25 tahun ini juga merupakan pengamal diet vegan, yakni diet berasaskan tumbuhan di mana dirinya tidak mengambil sebarang produk haiwan.

Pernah mengembara ke 17 buah negara dalam masa sebulan, Scott menitikberatkan aksesori yang functional dan punya stail berkarakter sebagai peneman eksplorasinya.

Scott Rais tampil segak dengan beg galas 1926 Montblanc Heritage

Peneman Si Pengembara

Cukup halus dan rumit, proses tanning koleksi ini membangkitkan lagi seri tekstur dan aroma natural kulit itu. Menggunakan tanin sayuran yang diekstrakkan daripada kulit kayu dan tisu tumbuhan untuk mengekalkan warna semulajadi kulit dengan tona ira kulitnya yang distingtif. Istimewa lagi, warna kulit setiap aksesori ini akan berubah dengan peredaran masa, menaikkan lagi aura vintaj pada aksesori si pemakai.

Seleksi 1926 Montblanc Heritage ini termasuk beg bimbit single gusset, beg silang messenger, beg sandang duffel serta aksesori kecil seperti pemegang pasport, beg duit dan beberapa lagi item lain yang kini boleh didapati di setiap cawangan butik Montblanc. Untuk sentuhan personal, Montblanc turut menyediakan servis cetakan timbul tanda nama (initials) pada dompet, beg atau aksesori kulit Montblanc yang lain. Anda boleh menentukan sehingga 4 huruf timbul dalam pilihan lapisan emas, perak atau cetakan tembus pada kulit.

1 of 5

Perspektif dan pengalaman berkaitan isu ‘pop culture’ lokal dan global

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LIMA TIPS PENGGAYAAN FESYEN ALA KABILAN JELEVAN

LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN

Bacaan Lanjut
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

Bacaan Lanjut
VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID

VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID

Bacaan Lanjut
BAGAIMANA KEJOHANAN PIALA DUNIA FIFA 2026 MEMBERI IMPAK KEPADA TREND FESYEN?

EMPAT TREND FESYEN PALING HANGAT SELEPAS FIFA WORLD CUP 2026

Bacaan Lanjut
5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN 'STYLE EQUITY' TERTINGGI 2026

5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN ‘STYLE EQUITY’ TERTINGGI 2026

Bacaan Lanjut

MONTBLANC MENGANGKAT SENI KEMBARA MODEN MENERUSI KOLEKSI KULIT MUSIM LURUH 2026

Bacaan Lanjut