KEL WEN, TUNGGAK UTAMA BEHATI
KEL WEN SEORANG YANG KREATIF. KEMAHIRANNYA DALAM BIDANG SENI BERCABANG KEPADA TIGA SKOP KERJA YAKNI PEREKA FESYEN, PEMBIKIN FILEM DAN PENULIS LAGU. KESUNGGUHAN KEL WEN TELAH BERJAYA MENGUKUHKAN LABEL BEHATI DALAM BIDANG FESYEN TEMPATAN.
PERKHABARAN BAHARU KEL WEN?
Menulis lagu. Membina kerjaya muzik saya sebagai alter ego KHAI.
KONGSIKAN REVOLUSI GAYA PERIBADI?
Thrift shopping changed my life. Di situlah saya menemui baju berpotongan oversized. Saya dapati pakaian yang tidak muat dengan saya, saya muat. Kemudian saya mulai merancang pakaian yang sesuai dengan keperibadian dan bukannya bentuk badan.

APAKAH ATAU SIAPAKAH RUJUKAN FESYEN KEL WEN?
Sejarah Malaysia. Saya mengimbas masa lalu dan membuat penyelidikan mengenai pakaian rakyat Malaysia pada zaman Malaya lama, kemudian saya kembangkan idea tersebut.
HOW IMPORTANT IS STYLE TO YOU? SEBAGAI INFLUENCER
Sangat penting. Mempunyai gaya peribadi menjadikan anda menonjol sebagai pereka.
APAKAH STAIL YANG INGIN KEL WEN CADANGKAN KEPADA LELAKI HARI INI?
Oversized. Potongan ‘bersih’. Dan cuba campur warna blok dalam penampilan anda.

RAMALAN FESYEN 2022? TAMBAHAN LAGI DUNIA MASIH DALAM PANDEMIK.
Keselesaan akan menjadi keutamaan. Gaya saya pasti berubah sejak beberapa hari ‘lockdown’. Saya terbiasa memakai ‘tank top’ di rumah, saya merasa tidak selesa jika memakai pakaian yang terlalu tebal untuk cuaca Malaysia. Tetapi keselesaan tidak bermaksud bosan, keselesaan adalah bonus untuk mereka desain yang hebat.
SIAPAKAH SELEBRITI LELAKI DI MALAYSIA MEMILIKI STAIL YANG COOL?
Amy Search
BAGAIMANAKAH KEL WEN MENJAGA DIRI DALAM KEADAAN LOCKDOWN SEKARANG?
Makanan seimbang. Tetapi saya masih sukar untuk bersenam di rumah. Haha. Saya bersyukur gim telah dibuka pada masa ini.

ANY FAVOURITE PURCHASE RECENTLY? IF YES, WHAT IT IS?
Kemeja blazer saya dari Behati. Saya suka ber-blazer ke mana sahaja saya pergi tetapi baju yang saya beli dari thrift shops terlalu panas untuk cuaca kita. Jadi, saya mereka blazer yang ringan dan cukup nipis untuk dipakai sebagai baju. Saya tidak membeli atau memakai pakaian lain selain Behati buat masa ini.
PROJEK AKAN DATANG?
Kami bakal melancarkan koleksi kapsul untuk Deepavali bulan ini.
Artikel berkaitan: LESLIE PNG, CITA RASA FESYEN SEBAGAI INFLUENCER
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 JENAMA KASUT LOKAL & ANTARABANGSA MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI KINI
Ketahui 5 jenama kasut penentu trend fesyen lelaki moden 2026. Sempurnakan padanan gaya urban dengan pilihan siluet berimpak tinggi.
5 SELEBRITI A-LIST PILIHAN DI BARIS HADAPAN PRADA SS27
Dari Pond Naravit hingga Jaafar Jackson, saksikan 5 gaya selebriti A-list terbaik di baris hadapan Prada Menswear.
PRADA SS27, MENENTANG ‘USELESS DESIGN’
Prada SS27 menentang ‘useless design’ menerusi koleksi 'Clarity'. Saksikan bagaimana Jaehyun NCT & Troye Sivan menghidupkan visi minimalis.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.











