MARKS & SPENCER MEMPERKENALKAN STOR KONSEP BAHARU PERTAMA DI ASIA
Membuka era baharu dengan pelancaran stor konsep pertama di Asia yang terletak di Suria KLCC, Kuala Lumpur hanya di Marks & Spencer.
Jenama ikonik dari Britain, Marks & Spencer (M&S), dengan bangga mempersembahkan pembukaan kedai konsep baharu mereka yang pertama di Asia, terletak di Suria KLCC. Dengan keluasan lebih 30,000 kaki persegi, ruang stor yang direka ini menetapkan standard baharu dalam pengalaman membeli-belah moden.
Dari koleksi pakaian wanita, lelaki, kanak-kanak, pakaian dalam, barangan rumah, kecantikan, hingga ke kafe. Stor Marks & Spencer yang berada di Suria KLCC ini menjadi destinasi utama bagi keperluan fesyen dan gaya hidup.
MARKS & SPENCER MEMBUKA STOR KONSEP PERTAMA DI ASIA DENGAN PENGALAMAN YANG MODEN DI SURIA KLCC
PEMBUKAAN ACARA BERSAMA SELEBRITI ANTARABANGSA
Pelancaran besar ini menampilkan kehadiran bintang terkenal pelakon dan model Thailand Kao Supassra, bersama bintang Malaysia Zhen Ning dan Jack Gohr. Mereka turut disertai oleh Encik Stephen Rayfield, Pengarah Urusan Marks & Spencer MENA & Asia. Diikuti Encik Nick Batey, Pengurus Besar Marks & Spencer Asia dan Encik Alex Tan, Pengurus Besar Marks & Spencer SEA. Serta Puan Sally Bannayi, Ketua Pengalaman Pelanggan Antarabangsa Marks & Spencer. Akhir sekali, Encik Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC.
KOLEKSI MUSIM LURUH/SEJUK 2024
Acara ini disusuli dengan persembahan elegan koleksi Musim Luruh dan Sejuk 2024 Marks & Spencer dengan bertemakan “Big Autumn Energy”. Majlis ini dihoskan oleh penata gaya terkenal, Andrea Kee. Koleksi ini menampilkan gabungan sempurna antara keselesaan, kualiti, dan gaya. Daripada jaket bulu hingga sut baldu mewah, koleksi ini menjanjikan rekaan moden yang elegan. Di bawah menunjukkan beberepa koleksi pakaian lelaki daripada M&S.
REKAAN STOR BAHARU YANG ELEGAN DAN MEWAH
Stor baharu ini menampilkan reka bentuk yang moden, dengan paparan visual mesra alam.Setiap susunan atur item membahagikan kepada ruang beberapa segmen khas. Bahagian pakaian wanita, lelaki, kanak-kanak, dan barangan rumah dipamerkan kepada segmen yang memudahkan pelanggan meneroka pelbagai pilihan produk dengan lebih baik dan efisien.
SENTUHAN KHAS KAFE INSPIRASI MALAYSIA
Salah satu keistimewaan stor ini adalah kafe mereka mempunyai dinding instalasi seni yang diinspirasikan oleh Malaysia. Menampilkan mercu tanda tempatan ikonik seperti Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas, dan Jambatan Saloma Link. Sentuhan budaya tempatan ini menambah pesona Malaysia ke dalam suasana moden stor ini.
Marks & Spencer Suria KLCC kini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman membeli-belah yang menakjubkan di kedai konsep baharu ini!
Pautan Berkaitan: STAIL PASANGAN SELEBRITI TERBAIK DI EMMY AWARDS 2024
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KENALI GL WHO KETIKA ACARA GLAM LELAKI RESET
GLAM Lelaki membawa semula segmen untuk anda kenali GL Who yang menjadi pilihan kami ketika acara GLAM Lelaki Reset yang lalu.
5 STAIL PERIBADI GLENN YONG WAJIB CUBA
Stail peribadi Glenn Yong sebagai seorang selebriti terkenal amat penting, kerana gayanya akan dilihat oleh orang ramai dimana-mana jua.
HEADPHONE SEBAGAI ITEM FESYEN BERGAYA TERKINI
Headphone sebagai item fesyen bergaya terkini pilihan ramai. Ia akan menambah elemen yang lebih menyerlah dalam persalinan harian. Penggunaan fon kepala, atau headphone sangat penting untuk kehidupan seharian, lebih-lebih lagi dalam kalangan anak muda. Kini, headphone bukan sekadar alat untuk mendengar lagu tetapi juga satu item fesyen yang menjadi pelengkap gaya. Terdapat pelbagai jenama headphone…
8 GAYA FASHION WEEK GLENN YONG PILIHAN GLAM LELAKI
Wajah Glenn Yong seringkali dilihat ketika musim minggu fesyen dan gaya fashion week Glenn Yong menjadi pelengkap wajah kacaknya.
6 PEMPENGARUH FESYEN LELAKI ANDA PATUT IKUTI
Pempengaruh fesyen di Malaysia sudah semakin meningkat, walaupun dalam kalangan lelaki. Mereka menjadi satu inspirasi besar buat penggemar fesyen.
MET GALA 2025 SOROTAN FESYEN TETAMU LELAKI
Acara fesyen tahunan terbesar, Met Gala 2025 sudah bermula untuk tahun penuh fesyen ini, penuh sorotan istimewa.