Skip to content

MEMASUKI TAHUN KE 7, KLFW KINI KEMBALI DENGAN WARISAN DAN KELESTARIAN MENJADI TUMPUAN UTAMA

Kongsikan artikel ini

Selain meraikan kreativiti yang tertanam dalam bakat-bakat fesyen tanah air, aspek warisan dan kelestarian dalam fesyen menjadi dua tema kukuh menjiwai Kuala Lumpur Fashion Week Ready To Wear edisi yang ketujuh tahun ini.

Pameran Thread of Heritage, berlangsung dari 21 hingga 25 Ogos di Pavilion Kuala Lumpur, akan mempertontonkan himpunan tekstil ikonik tanah air seperti fabrik Tenun Pahang Diraja, Songket Diraja Terengganu dan batik Kelantan dalam usaha membangkitkan kesedaran dan apresiasi umum terhadap keindahan warisan tekstil negara.

Andrew Tan, Pengasas KLFW

KLFW 2019 juga akan melancarkan Fashion Forward Batik Malaysia, satu inisiatif hasil daripada perkongsian antara Andrew Tan dan YM Tengku (Puan) Temenggong YTM Tunku Dato’ Hajjah Nurhayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Yang memperlihatkan 6 pereka terpilih untuk mereka persalinan kontemporari menerapkan batik yang ditajakan oleh Kraftangan, peneraju batik Malaysia.

Menyedari kepentingan aspek kelestarian dalam fesyen, KLFW tahun ini menjemput 13 pereka muda dari kalangan AirAsia Runway Ready Designer Search untuk menyertai Design To Sustain. Di mana mereka telah diberi elaun untuk berbelanja di kedai bundle terpilih, untuk kemudiannya mencipta desain-desain baru daripada hasil belian mereka itu.

Design To Sustain juga akan mempersembahkan BEVC, Tsyahmi x Biji Biji, Ayu by Tarik Jeans dan SeanSheila yang mempraktikkan pendekatan fesyen beretika. Inisiatif ini juga memberi penghargaan kepada dua organisasi yang turut mendukung konsep kelestarian. Yakni SURI, satu perusahaan sosial yang memperkasakan ibu tunggal dan yang kurang berkemampuan melalui penghasilan produk menggunakan denim terpakai, dan Kloth, satu gerakan yang menyelamatkan sisa fabrik daripada tanah timbus.

But  of course, apalah KLFW tanpa showcase hebat daripada pereka-pereka kesayangan kita? Untuk membuka tirai acara tahun ini, KLFW 2019 akan membentangkan koleksi daripada 12 label-label meningkat naik termasuk Behati, BevC, Duchess & Co. Maqilla, Pestle Mortar Clothing, RAFEOFF by TTFGA, Sierra Chong, Techniq, Tsyahmi x Biji Biji, TnTCo dan Wynka.

Tak lupa juga mereka yang bakal membuat comeback di KLFW, yakni koleksi wanita daripada Hatta Dolmat dan Syaiful Baharim. Semestinya bakal menjadi tumpuan ramai adalah pertunjukan 10 nama-nama gergasi industri terdiri daripada Afiq M, Alia Bastamam, Ezzati Amira, Fiziwoo, Innai Red, Jovian Mandagie, MimpiKita, Nurita Harith, Rizman Ruzaini dan Syomirizwa Gupta.

Sebagaimana edisi-edisi sebelum ini, setiap tahun pasti membawa makna yang istimewa buat sesuatu label. Tahun ini, pereka Jimmy Lim menyambut ulang tahun yang ke-20 dalam industri fesyen tanah air. Manakala label Fazbulous oleh Nur Fazura akan meraikan kehadiran genap lima tahun bersama KLFW.

Bakal berlangsung dari 21 hingga 25 Ogos tahun ini, KLFW 2019 sekali lagi akan bertapak di Centre Court Pavilion Kuala Lumpur. Hasil kotak fikiran orang kuat dan pengasas KLFW, Andrew Tan, edisi tahun ini akan ditaja bersama pleh Lexus, HP, Huawei, Nova, Oris, Lazada, Boost, Panasonic dan beberapa jenama yang lain.

 

PROMOSI!

Sepanjang KLFW 2019, ikuti GLAM Lelaki di IG & FB untuk merebut peluang memenangi baucar RM1,500 daripada Private Stitch serta sepasang tiket ke KLFW2019. Peraduan berlangsung dari 30 Julai hingga 5 Ogos 2019.