NARATIF GAYA IDRIS KHAN BERSAMA MONTBLANC
Pengarah Artistik Montblanc, Marco Tomasetta memperkenalkan rekaan baharu yang diinspirasikan dari kaki Gunung Mont Blanc dengan siluet lebih ringan dan rona bumi yang menenangkan. Idris Khan membuktikan gaya lelaki masa kini tampak lebih sempurna dengan padanan Montblanc.

Klutch, MONTBLANC, jam, MONTBLANC Iced Sea Automatic Date 0 Oxygen
Koleksi kulit musim luruh 2025 ini menyatukan dunia kreatif penulisan dengan seni pertukangan kulit yang halus dan mewah. Setiap rekaan bukan sekadar fesyen, tetapi juga sebuah naratif. Melambangkan keindahan antara ekspresi diri dan kehalusan buatan tangan.
Diperbuat daripada kulit corteccia dalam rona pasir dan khaki, The Writer Traveler diilhamkan oleh konsep “keingintahuan”. Menyatakan simbol eksplorasi dan keunikan peribadi.
Rekaan beg musim ini hadir dalam variasi bentuk utama: beg silang, beg bimbit , masing-masing dilengkapi ruang khas untuk menyimpan buku nota, pen, aksesori kulit kecil, serta slot eksklusif untuk jam tangan. Ia bukan sekadar aksesori, tetapi teman perjalanan bagi pencinta tulisan dan pengembara gaya.

Beg silang, MONTBLANC Crossbody

Pen, MONTBLANC Meisterstuck fountain, beg, MONTBLANC 149
GLAM Lelaki menjemput pelakon dan personaliti gaya, Idris Khan untuk menggayakan koleksi beg terkini Montblanc. Lengkap dengan item Montblanc yang lain, seperti mata pen ikonik Meisterstück fountain pen menjadi pusat perhatian, dihiasi dengan garisan silang bergaya Art Deco yang mengambil inspirasi daripada bahasa visual awal Montblanc pada era 1920-an.
Perincian ini bukan sekadar hiasan. Ia menghidupkan semula warisan klasik jenama dengan sentuhan moden yang penuh karakter.
Artikel berkaitan: GL GANG X ADIDAS: KOLABORASI PENGGAYAAN PENUH STAIL
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ANAABU, MINIMALIS TAPI BERKARAKTER
ANAABU mengangkat gaya minimalis lelaki dengan rekaan ringkas, moden dan penuh karakter untuk penampilan yang lebih versatil.
PARK JI HOON X SUPERDRY, SATU KOLABORASI, SERIBU TARIKAN
PARK JI HOON X SUPERDRY memperkenalkan koleksi edisi terhad di Malaysia, menggabungkan fesyen jalanan dengan pengalaman buat peminat.
LESS IS MORE: KEBANGKITAN GAYA ‘CLEAN BOY’
Gaya ‘clean boy’ semakin popular dalam kalangan lelaki dengan pilihan fesyen minimalis, warna neutral dan penampilan yang kemas.
5 ARTIS LELAKI “DUDA HOT” YANG TERUS JADI PERHATIAN
5 Artis lelaki ini terus mendapat perhatian biarpun telah mengalami kegagalan rumah tangga. 5 "duda hot" ini lebih matang dan menyerlah.
KIT WOO: EKSPLORASI FALSAFAH “NOTHING IS FINISHED”
Terokai koleksi Kit Woo di KLFW 2026 bertemakan ‘Nothing Is Finished’. Pembaharuan siluet dekonstruksi maskulin di pentas peragaan.
5 ELEVATED PANTS UNTUK NAIKKAN TARAF ALMARI ANDA
Temui 5 pilihan seluar 'elevated' daripada jenama tempatan popular untuk menaikkan taraf gaya harian anda secara segera.











