Skip to content

ON THE MOVE DENGAN MONTBLANC EXTREME 3.0

Kongsikan artikel ini

STAIL KONTEMPORARI, REKAAN SLEEK DAN URBAN MENJADI ESEN DALAM PELANCARAN KOLEKSI MONTBLANC EXTREME 3.0!

Mengintai semula visual Montblanc paling ikonik pada awal abad ke-20, membawa satu momen moden buat jenama ini. Sejak dahulu lagi jenama ini sudah sinonim dengan gaya hidup aktif dan fast-faced! Maka lahirnya Montblanc Extreme yang didedikasikan kepada mereka yang mempunyai kehidupan yang senantiasa berpergian. Serta mahukan kelengkapan gaya yang functional tapi masih punya rekaan yang gah.

montblanc extreme 3.0

Buat koleksi Montblanc Extreme 3.0 ini paling menonjol adalah penggunaan corak yang diceduk daripada arkib mereka sendiri. Ia adalah hasil rekaan Grete Gross, Ketua Pengiklanan Montblanc yang terinspirasi daripada trend Bauhaus.  Bentuk corak geometri itu memberi visual kontemporari pada koleksi Montblanc terkini. Ianya hadir dalam dua saiz, yang besar buat beg dan motif kecil pula menghiasi himpunan aksesori kulit kecil seperti dompet.

“Sesuai dengan kehidupan yang rancak dan aktif, Koleksi Montblanc Extreme adalah himpunan barangan kulit yang direka dengan cita rasa dinamik, sporty dan kemasan kulit mewah. Sudah tiba masanya untuk menghidupkan semula keunikan koleksi ini. Hasilnya cukup bold, moden dan memberi cabaran sendiri pada rekaan Montblanc. Ia menghubungkan gaya hidup baharu pada generasi sekarang,” Marco Tomasetta, Pengarah Artistik Montblanc.

Layari Montblanc untuk mengenali lebih dekat tentang Montblanc Extreme 3.0 atau singgah ke butik mereka sekarang!

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG

Bacaan Lanjut

MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut

APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI

Bacaan Lanjut

LOCAL BEAUTY: 5 JENAMA SKINCARE MADE IN MALAYSIA

Bacaan Lanjut

NAZIFI NASRI: MINIMALIS, MODERN, & MADE IN MALAYSIA

Bacaan Lanjut

MONTBLANC MENGANGKAT SENI KEMBARA MODEN MENERUSI KOLEKSI KULIT MUSIM LURUH 2026

Bacaan Lanjut