ON THE MOVE DENGAN MONTBLANC EXTREME 3.0
STAIL KONTEMPORARI, REKAAN SLEEK DAN URBAN MENJADI ESEN DALAM PELANCARAN KOLEKSI MONTBLANC EXTREME 3.0!
Mengintai semula visual Montblanc paling ikonik pada awal abad ke-20, membawa satu momen moden buat jenama ini. Sejak dahulu lagi jenama ini sudah sinonim dengan gaya hidup aktif dan fast-faced! Maka lahirnya Montblanc Extreme yang didedikasikan kepada mereka yang mempunyai kehidupan yang senantiasa berpergian. Serta mahukan kelengkapan gaya yang functional tapi masih punya rekaan yang gah.
Buat koleksi Montblanc Extreme 3.0 ini paling menonjol adalah penggunaan corak yang diceduk daripada arkib mereka sendiri. Ia adalah hasil rekaan Grete Gross, Ketua Pengiklanan Montblanc yang terinspirasi daripada trend Bauhaus. Bentuk corak geometri itu memberi visual kontemporari pada koleksi Montblanc terkini. Ianya hadir dalam dua saiz, yang besar buat beg dan motif kecil pula menghiasi himpunan aksesori kulit kecil seperti dompet.
“Sesuai dengan kehidupan yang rancak dan aktif, Koleksi Montblanc Extreme adalah himpunan barangan kulit yang direka dengan cita rasa dinamik, sporty dan kemasan kulit mewah. Sudah tiba masanya untuk menghidupkan semula keunikan koleksi ini. Hasilnya cukup bold, moden dan memberi cabaran sendiri pada rekaan Montblanc. Ia menghubungkan gaya hidup baharu pada generasi sekarang,” Marco Tomasetta, Pengarah Artistik Montblanc.
Layari Montblanc untuk mengenali lebih dekat tentang Montblanc Extreme 3.0 atau singgah ke butik mereka sekarang!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR
Eyka Farhana dan Akhyar Rashid kini bergelar ibu bapa. Ketahui detik kelahiran putera sulung dan maksud indah di sebalik namanya.














