PANDANGAN BAHARU THE B27
MEMASUKI MUSIM PANAS 2021, DIOR MEN PERKENALKAN REKAAN THE B27 DALAM DUA WARNA BAHARU. BERANI BEREKSPRESI YANG DISESUAIKAN DENGAN KEMAHUAN SEMASA, NAMUN MENYALIN INSPIRASI GAYA SI SKATEBOADERS YANG IKONIK SEKITAR ERA ’80-AN. MENCADANGKAN PELENGAP GAYA TERBAIK UNTUK MUSIM INI.

Dior perkenalkan sniker the B27 dalam versi baharu, satu lagi statement fesyen buat lelaki olahan cemerlang Kim Jones. Berpegang teguh pada prinsip vintaj 80-an, ia mengangkat nilai atau mutu gaya si pemain papan luncur, yang mana mencetus inspirasi buat Dior Men saban musim.
Ada dua perkara yang menjadi keutamaan the B27, yakni kraf yang ditampilkan hadir dalam bentuk low dan high-top, menerapkan aspek perolehan yang urban, sporty yang diserasikan dengan kemahuan semasa.
Khusus koleksi musim panas 2021, Kim Jones meneroka idea gaya dalam balutan dua warna Dior Oblique Galazy iaitu kelabu atau putih. Satu lagi, kombinasi warna yang lebih tegas-merah, biru, brown dan hitam. Butiran tambahan yang meningkatkan karakter rekaan. Menyatukan material kulit dan lapisan yang merefleksi imejan moden, menyisipkan sekali inspirasi Dior Men yang menyentuh faktor kesukanan.
Kemewahan sniker terletak pada reka bentuknya, selain material kulit yang digunakan, lalu memberi cadangan untuk digayakan dengan pelbagai stail kesukaan. Tentu sekali sempurna sekiranya digaya bersama sut moden. Atau helaian asas streetwear, seperti hoodies, atau jaket bomber, tapered pants-padanan yang menyimbolkan ‘modern tailoring’.
Bagi menampakkan kelainan, sniker The B27 memerihalkan opsyen gaya yang pelbagai. Dalam era fesyen yang baharu, mengapa tidak the B27 ditampilkan dalam penggayaan ready-to-wear-ish, dan berjalan di atas karpet merah? Why not? Ada yang menganggap padanan sniker sebagai red carpet look akan ‘menyongong arus’ etika dress formal sesuatu majlis seperti anugerah? High street is the new luxe now.

Alif Satar

Alvin Chong

Awal Ashaari
Selebriti lokal, seperti Awal Ashaari, Alvin Chong dan Alif Satar turut dirakam memakai the B27, dalam penggayaan yang berbeza-beza, identiti juga bertentangan, namun stail mereka merangka kelaziman dalam konteks fesyen lelaki sekarang. Terbukti the B27, item fesyen baharu yang direka untuk semua, lantas mengharmoikan kenyamanan serta kefungsian yang tiada tandingan.
#DiorSummer21 #Dior
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MAKSIMALISME 2026 : MENGAPA SUDAH TIBA MASANYA LELAKI BERHENTI ‘PLAY SAFE’
Tinggalkan minimalisme. Terokai trend Maksimalisme 2026 bersama Hael Husaini, Hun Haqeem, dan Syed Syafiq. Berhenti bermain selamat sekarang!
HIGH PERFORMANCE: PUTERA ADAM, “SAYA MENCIPTA SEJARAH SEBAGAI PELUMBA ASIA PERTAMA MENJUARAI LAMBORGHINI SUPER TROFEO EUROPE CHAMPIONSHIP.”
"Tahun lalu saya mencipta sejarah sebagai pelumba Asia pertama menjuarai Lamborghini Super Trofeo Europe Championship," Putera Adam.
PILIHAN STYLISH IKMAL AMRY MERAIKAN SYAWAL
Semak gaya stylish Syawal Ikmal Amry bersama Tommy Hilfiger. Menyerlahkan gaya santai lebaran supaya kekal bergaya.
SELEBRITI THAILAND MENDOMINASI BARISAN HADAPAN PARIS FASHION WEEK 2026
Kehadiran selebriti Thailand di Paris Fashion Week menunjukkan pengaruh budaya pop Asia Tenggara semakin penting dalam dunia fesyen.
7 TREND KASUT LELAKI YANG AKAN MENDOMINASI MUSIM BUNGA 2026
Trend kasut lelaki musim bunga 2026 memberi fokus kepada keselesaan dan gaya daripada kanvas klasik hingga slip-on anyaman.
GRAMMYS 2026, FESYEN LELAKI JADI TUMPUAN
GLAM Lelaki menobatkan lapan lelaki paling bergaya di Grammys 2026. Mereka menetapkan standard baru untuk ekspresi sartorial karpet merah.















