Skip to content

DICKSON LIM

PENAMPILAN DICKSON LIM DI PENTAS MBFWKL 2024.

Kongsikan artikel ini

Mempersembahkan pereka fesyen tanah air, Dickson Lim mempamerkan koleksi busana lelaki Musim Bunga/Panas 2025 di MBFWKL 2024.

Pereka termuda yang berbakat, Dickson Lim telah membuat debutnya di pentas fesyen sejak usia 19 tahun. Sepanjang perjalanan Lim dalam dunia pereka fesyen, rekaanya tidak pernah mengecewakan penonton bahkan sangat mengagumkan. Terutama, dalam pertunjukan terbarunya kali ini di Mercedes Benz Fashion Week Kuala Lumpur 2024. Lim telah membuktikan kehebatannya dengan rekaan yang menonjol dan penuh kreativiti.

Sebagai seorang pereka fesyen terkemuka, Dickson Lim dikenali sebagai seoranh yang mencipta fesyen melangkaui batasan konvensional. Kejayaan beliau dapat dilihat melalui pencapaian yang cemerlang di karpet Merah OSCAR dan ITALY Fashion Show, yang menegaskan statusnya dalam industri fesyen global. Selain itu, karya-karya Lim telah dipakai oleh selebriti terkenal di seluruh dunia, termasuk JJ Lin, Jeremy Zucker, Bretman Rock, 24KGoldn, dan Zhang Zhen.

KOLEKSI MUSIM BUNGA/PANAS 2025 DICKSON LIM DI MBFWKL 2025

SS25 "Mutasi Cinta dalam Pasir Waktu"

Foto: @thedicksonkim (Instagram)

Dengan bertemakan SS25 “Mutasi Cinta dalam Pasir Waktu”, koleksi ini menggabungkan unsur-unsur kegemaran Dickson Lim yang unik. Katanya, dia membayangkan elemen seperti mutasi daripada X-Men, tema cinta yang bermakna baginya, dan inspirasi daripada filem Dune. Gabungan ini mencipta sesuatu yang kohesif dan peribadi bagi pereka fesyen tersebut.

DICKSON LIM

Foto: thedicksonlim (Instagram)

Baginya koleksi ini  menggambarkan sebagai sesuatu yang inovatif dan berada di tahap seterusnya, penuh dengan inspirasi. Dalam pelbagai rekaan yang ditampilkan,  kegemarannya adalah sepasang cermin mata biru dengan reka bentuk unik dan revolusioner. Kombinasi ini bukan sahaja mempamerkan kreativiti Lim tetapi juga menambah elemen menarik dan peribadi dalam koleksi musim ini.

Pautan Berkaitan: KEMPEN BAHARU CALVIN KLEIN BERSAMA MINGYU SEVENTEEN