Skip to content

STAIL MODEN & KONTEMPORARI, COS KINI DI ZALORA

STAIL MODEN & KONTEMPORARI, COS KINI DI ZALORA

Kongsikan artikel ini
1 of 5

ZALORA TAWARKAN KOLEKSI COS UNTUK BAWAKAN STAIL ASAS DAN MODEN BUAT PENGGEMAR FESYEN DI MALAYSIA DAN SINGAPURA. COS DIKENALI SEBAGAI JENAMA FESYEN YANG ‘TIMELESS’ DENGAN REKAAN BERPEGANG PADA KONSEP LESTARI. 

 

Destinasi fesyen dan gaya hidup dalam talian Asia telah bekerjasama dengan label fesyen minimalis yang berpusat di London, COS. Pelancaran jenama berlangsung pada 30 Ogos dan akan menawarkan pelbagai rekaan dan aksesori COS ke platform e-dagang. 

“Kami rasa bangga memiliki COS di ZALORA, kerana sesuai dengan hala kami menuju kemampanan dan melengkapkan pelancaran kategori mewah dan premium kami. Pelanggan kami yang telah lama menjadi penggemar fesyen COS akan teruja kerana ZALORA kini dapat menawarkan koleksi fesyen yang ‘timeless’ dan tahan lama, dihantar dengan selamat dan terus ke depan pintu rumah mereka,” kata Simone Cortini, Pengarah Marketplace ZALORA. 

Pada tahun lalu, ZALORA telah mula memajukan kepentingan dalam strategi kelestariannya, dan pada masa yang sama memfokuskan pada pengembangan rangkaian premium dan mewah. 

Laporan Trender 2020 ZALORA menunjukkan bahawa kualiti telah meningkat berbanding kuantiti pada tahun lalu, apabila pembeli di Asia Tenggara menjadi semakin peka terhadap nilai. Item COS bernada moden dan tahan lama, dan memberikan gaya yang ringkas dari musim ke musim. 

Diilhamkan oleh budaya kontemporari, COS adalah jenama fesyen yang berpusat di London yang terkenal dengan koleksi yang menyeimbangkan reka bentuk inovatif dengan gaya masa kini. Menawarkan siluet moden, kefungsian dan variasi gaya, COS menggabungkan gaya kontemporari.

Dengan pertukangan halus-dari kain yang dibuat daripada bahan kitar semula hingga teknik pembuatan yang inovatif, setiap rekaan dibuat untuk pelbagai musim dan acara, selaras dengan kelestarian fesyen. Item COS di ZALORA merangkumi pakaian, pakaian santai dan aksesori lelaki dan perempuan. 

GLAM Lelaki senaraikan lima ‘look’ COS yang boleh dibeli di ZALORA

 

  1. Aksesori dempak, seperti beg tote ukuran ‘large’ ini, sempurna untuk dibawa kala melancong atau staycation dalam bandar. Ukuran besar yang memberi kemudahan untuk menyimpan segala keperluan penting. Pemegang yang tahan, tentunya mencetus rasa selesa saat menjinjingnya bebas.

 

1 of 5

By Johan Kassim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

hackett London

HACKETT LONDON SELAMI SEMANGAT SEPANYOL BERSAMA JENSON BUTTON DAN MATTHEW GOODE

Bacaan Lanjut
Paris fashion week 2024

15 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI PARIS FASHION WEEK FALL 2024

Bacaan Lanjut
Milan fashion week 2024

25 GAYA MENSWEAR SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN FASHION WEEK 2024

Bacaan Lanjut
fashion week 2024

30 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI FASHION WEEK MENSWEAR 2024

Bacaan Lanjut
#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

Bacaan Lanjut

SPICE UP PENAMPILAN ANDA DENGAN AKSESORI INI

Bacaan Lanjut