Skip to content

THE WHOLE INDUSTRY IS HERE! 8 BINTANG ASIA DI PERTUNJUKAN FESYEN TOMMY HILFIGER SS27

THE WHOLE INDUSTRY IS HERE! 8 BINTANG ASIA DI PERTUNJUKAN FESYEN TOMMY HILFIGER SS27

Kongsikan artikel ini

Pertunjukan fesyen Tommy Hilfiger SS27 dihadiri barisan bintang Asia yang menawan hati peminat sepanjang acara itu berlangsung. 

Jika ada satu acara fesyen yang berjaya menghimpunkan nama-nama besar dari seluruh Asia dalam satu lokasi di New York Fashion Week, Tommy Hilfiger SS27 pastinya mencuri perhatian. Bukan sekadar tentang koleksi baharu yang dipersembahkan di atas pentas peragaan. Acara ini turut menjadi medan pertemuan buat barisan selebriti, ikon fesyen dan personaliti popular yang hadir dengan gaya tersendiri.

Lebih menarik, setiap selebriti hadir bukan sekadar sebagai tetamu, tetapi turut membawa identiti fesyen masing-masing ke acara tersebut. Pertunjukan SS27 ini sekali lagi memperlihatkan bagaimana dunia fesyen dan hiburan semakin tidak dapat dipisahkan. Setiap kemunculan selebriti di barisan hadapan seakan-akan menjadi satu lagi fashion moment yang dinantikan. Gaya mereka juga dengan pantas menjadi perhatian peminat serta pengguna media sosial di seluruh Asia.

Tommy Hilfiger secara rasmi memperkenalkan koleksi “Plaza Prep” menerusi pertunjukan fesyen itu. Mengambil inspirasi daripada empat dekad gaya jalanan New York, pertunjukan ini membawa interpretasi baharu terhadap estetika preppy moden di ruang ikonik Palm Court dan Terrace Room. Koleksi ini mengetengahkan semula elemen klasik gaya prep menerusi permainan warna yang lebih berani serta potongan yang dinamik. Palet warna utama merah, putih dan biru diberi nafas baharu bersama rona kuning dan hijau yang lebih menyerlah, diterapkan pada gaun rugby berkonsep colour-blocking, kemeja Oxford berjalur Ithaca serta blazer tartan kotak-kotak.

Pertunjukan fesyen ini dibuka oleh Gigi Hadid sebelum menyaksikan kehadiran barisan selebriti dan nama besar dari dunia hiburan serta fesyen seperti Kate Moss, Camila Cabello, JISOO, Patrick Schwarzenegger, Carmelo Anthony dan Arón Piper. Diiringi persembahan Matt Jones Orchestra, pertunjukan ini ditutup dengan kemunculan Romeo Beckham yang memperagakan look terakhir sebelum penyanyi pop Slayyyter membuat persembahan men

Jadi, siapa sahaja bintang Asia yang hadir dan berjaya mencuri perhatian di pertunjukan fesyen Tommy Hilfiger SS27 kali ini? Ini dia 8 nama yang membuktikan bahawa seluruh industri seakan-akan berkumpul di satu tempat!

#1 Jisoo (BLACKPINK)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by JISOO🪐 (@sooyaaa__)

#2 Jung-Haein

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 정해인 (@holyhaein)

#3 Fourth Nattawat

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nattawat Jirochtikul (@fourth.ig)

#4 Gemini Norawit

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Gemiyakii♊️ (@gemini_nt)

#5 Phuwin Tang

#6 HYORISOO (Girls Generation)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hyoyeon Kim (@hyoyeon_x_x)

#7 Nakajima Yuto

#8 YoungK (Day6)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Day6 YoungK (@from_youngk)

Pautan berkaitan: PENAMPILAN SELEBRITI DI NEW YORK FASHION WEEK 2026

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PENAMPILAN SELEBRITI PENUH GAYA DI NEW YORK FASHION WEEK 2026

PENAMPILAN SELEBRITI DI NEW YORK FASHION WEEK 2026

Bacaan Lanjut
AARON KWOK CERMINKAN GAYA MUSIM PANAS MODEN DALAM KEMPEN TERBAHARU TOMMY HILFIGER

AARON KWOK CERMINKAN GAYA MUSIM PANAS MODEN DALAM KEMPEN TERBAHARU TOMMY HILFIGER

Bacaan Lanjut
putera adam

HIGH PERFORMANCE: PUTERA ADAM, “SAYA MENCIPTA SEJARAH SEBAGAI PELUMBA ASIA PERTAMA MENJUARAI LAMBORGHINI SUPER TROFEO EUROPE CHAMPIONSHIP.”

Bacaan Lanjut
ikmal amry

PILIHAN STYLISH IKMAL AMRY MERAIKAN SYAWAL

Bacaan Lanjut

SELEBRITI THAILAND MENDOMINASI BARISAN HADAPAN PARIS FASHION WEEK 2026

Bacaan Lanjut
TOMMY HILFIGER RAIKAN TAHUN KUDA 2026 BERSAMA JISOO

TOMMY HILFIGER RAIKAN TAHUN KUDA 2026 BERSAMA JISOO

Bacaan Lanjut