URIAH SEE, BELAJAR BEREKSPERIMEN GAYA
URIAH SEE (@uriahsk) MERUPAKAN PENYANYI, PENULIS LAGU DAN PELAKON YANG MULA MELEBARKAN BAKATNYA DALAM LAPANGAN HIBURAN TEMPATAN. SELAIN FOKUSNYA PADA KERJA-KERJA SENI, STAIL TURUT MENJADI KEUTAMAAN. APALAGI URIAH MULA MENGUMPUL SEBILANGAN PEMINAT. KATA URIAH DIA MULA BELAJAR BERFESYEN SEDIKIT DEMI SEDIKIT.
PERKHABARAN BAHARU URIAH?
Selalunya di rumah, rutin harian seperti senaman pagi, menyiapkan kerja muzik, komposisi, susunan muzik dan lain-lain. Dan kemudian bermain permainan komputer atau menonton Netflix.
KONGSIKAN REVOLUSI GAYA PERIBADI?
Berasal dari sebuah bandar kecil di Johor Bahru, saya sebenarnya baru mula memahami atau merasai jenis fesyen ketika mula menjejaki Kuala Lumpur. Dari memakai pakaian berwarna yang tidak sepadan hingga sekarang, anda juga boleh melihat gaya peribadi saya yang lain melalui media sosial saya.


APAKAH ATAU SIAPAKAH RUJUKAN FESYEN URIAH?
Tidak mempunyai siapa-siapa, tetapi saya rasa ia tercetus dari masa yang berbeza, mencedok sedikit inspirasi dari sana sini.
HOW IMPORTANT IS STYLE TO YOU? SEBAGAI PENYANYI?
Sejujurnya selain muzik, saya rasa stail peribadi adalah keutamaan. Orang suka melihat perkara yang kelihatan baik atau menonjol. Dan saya rasa gaya adalah tanggapan pertama yang anda berikan sebelum seseorang itu mula mengenali anda secara peribadi.
APAKAH STAIL YANG INGIN URIAH CADANGKAN KEPADA LELAKI HARI INI?
Saya bukan pakar dalam fesyen tetapi saya enjoy mencuba gaya yang berbeza-beza mulai dari stail yang bertali leher hingga ke stail hip hop. Saya mahu mengatakan fesyen retro dan berwarna kini kembali menjadi trend.

HOW DO YOU THINK THAT FASHION WILL CHANGE IN 2021? ESPECIALLY NOW THAT THE WORLD IS IN PANDEMIC.
Well for one, saya fikir pelitup muka pasti akan menjadi trend fesyen sekarang.
SIAPAKAH SELEBRITI LELAKI DI MALAYSIA MEMILIKI STAIL YANG COOL?
Pilihan utama saya pastinya Brian See dan Lucas Lau.
BAGAIMANAKAH URIAH MENJAGA DIRI DALAM KEADAAN LOCKDOWN SEKARANG?
Besides staying home, I just stay home.
ANY FAVOURITE PURCHASE RECENTLY? IF YES, WHAT IT IS?
Saya mula membeli secara online lebih kerap sejak pandemik berlaku dan memang ia satu ketagihan. Saya baru mendapat Marshall Amplifier baru dengan Squier Stratocaster Guitar. My new babies.
Gambar: milik Uriah See
Artikel berkaitan: FIRDHAUS, BAKAT BARU TO WATCH
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DIOR CRUISE 2027, IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD
Menterjemah secara literal setiap inspirasi sinematik, kolaborasi seni Ed Ruscha dan Dior Cruise 2027 oleh Jonathan Anderson di Los Angeles.
SWATCH X AUDEMARS PIGUET MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI
Kolaborasi Royal Pop antara Swatch dan Audemars Piguet kini dilancarkan bagi mencabar tradisi horologi mewah dunia. Dunia horologi global telah digegarkan oleh pelancaran kolaborasi yang paling ditunggu-tunggu tahun ini. Jenama gergasi Swatch secara rasminya telah bergabung tenaga dengan Audemars Piguet (AP). Pelancaran ini ternyata telah meruntuhkan sempadan tradisi jam tangan mewah yang sekian lama bertahan….
ONITSUKA TIGER X MALAYSIA, HADIRKAN MEXICO 66™ DAN BAJU T YANG PENUH GAYA
Onitsuka Tiger melancarkan koleksi eksklusif Malaysia menampilkan siluet ikonik MEXICO 66™ dan baju T edisi terhad.
LABEL INDONESIA YANG KINI MENJADI KESUKAAN ‘FASHIONISTA’ TEMPATAN
Terokai jenama fesyen Indonesia seperti Dominate, Elhaus, dan Imaji Studio yang menjadi kegilaan peminat fashionista tempatan di Malaysia.
LANGKAH BERGAYA 2026: KOLEKSI SNEAKERS LELAKI PALING ‘HOT’ MUSIM INI
Terokai trend kasut lelaki paling hangat 2026. Dari gaya retro Nike Zoom Vomero 5 hingga ke Air Jordan 5, tingkatkan gaya maskulin anda.
5 LOKASI TEMPAH ‘SUIT’ CUSTOM TERBAIK SEKITAR KUALA LUMPUR
Tingkatkan karisma anda dengan sut yang sempurna. Terokai 5 lokasi tempahan 'suit' custom terbaik di Kuala Lumpur untuk gaya versatil.











